Kon.troversi Pertunangan Intan Najuwa,Ditvduh Pilih Tunang Sebab ‘Kaya’, Ini Komen Kakak Intan Untuk Netizen “Mulut Puaka” Buat Ramai Terdiam

Kakak kepada pelakon Intan Najuwa, Intan Najihaa tampil menyebelahi adiknya di ruangan komen selepas mendapat lemparan komen negatif daripada netizen.

Semua ini gara-gara foto pertunangan Intan, 22, bersama tunangnya seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 38 yang dikongsikan di akaun Instagram (IG) miliknya.

Rata-rata pengikut Intan beranggapan pertunangan ini terjadi bukan disebabkan cinta tetapi wang ringgit.

Walau bagaimanapun, menurut Najihaa majlis pertunangan itu telah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga belah pihak perempuan.

Malah, Najihaa turut berpesan kepada netizen untuk berfikir terlebih dahulu sebelum bercakap kerana melibatkan perasaan ahli keluarga yang lain.

“Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. 

“Pelamin and all decoration pun semua dibuat all out oleh my mom and team. 

“@acountryweddingplanner family know you very well. Jangan pertikaikan jodoh yang Allah dah tetapkan.

“Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit.

“Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.

“And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.

“Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga. 

“Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus.

“Doakan lah yang baik-baik untuk @intannajuwa semoga hubungan ni sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya,” tulisnya.

Di samping itu menerusi Instagram Stories miliknya, pelakon drama Tuan Danial memaafkan individu yang telah melemparkan segala tomahan terhadapnya.

Pemilik nama Intan Najuwa Abdul Wahid selamat mengikat tali pertunangan bersama dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, pada Ahad lalu.

Majlis pertunangan Intan dan Razrul berlangsung di Hotel Thistle, Johor Bahru, dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Sumber

Be the first to comment on "Kon.troversi Pertunangan Intan Najuwa,Ditvduh Pilih Tunang Sebab ‘Kaya’, Ini Komen Kakak Intan Untuk Netizen “Mulut Puaka” Buat Ramai Terdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*