USAHAWAN komestik Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf kepada Wan Maimunah kerana keterlanjurannya secara tidak sengaja mempersendakan nama pelakon veteran tersebut.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 32, dia hanya mengikut skrip yang diberikan sebuah blog dan tidak menyangka tindakannya dengan rakan ahli perniagaan Sajat itu telah menyinggung perasaan Wan Maimunah.
“Saya ingin memohon maaf kepada ibu Wan Maimunah. Sebenarnya, saya hanya mengikut skrip dan content yang diberikan sebuah blog yang membayar saya untuk ditemu bual.
“Tapi saya tak salahkan blog tersebut cuma tak sangka video itu menjadi viral. Bagaimanapun, saya dan Sajat sudah pun memadam video tersebut.
“Sejujurnya saya tak sangka benda ini menyentuh sensiviti Wan Maimunah. Saya mengaku salah saya sendiri. Saya mohon maaf dan janji tidak akan buat lagi,” kata Aliff kepada mStar.
Aliff ditemui ketika sidang media pelancaran lagu duet dia bersama penyanyi Indonesia, Upiak berjudul Cowok Baru di Wisma Dherb Holding, Kota Damansara, pada Rabu.
Menerusi video yang dimuat naik, Aliff meminta Sajat untuk memilih watak Wan Maimunah, Hantu Kak Limah (Dalimawati) atau Nyi Blorong.
Sajat kemudian dengan pantas mempersoalkan pertanyaan Aliff dengan mengatakan watak itu keji dan tidak sesuai dengan rupa parasnya yang dianggap seperti Ratu Cantik.
Kenyataan pengasas produk komestik itu telah mengundang kecaman netizen yang rata-ratanya menganggap Sajat dan Aliff tidak sepatutnya mempersendakan pelakon lagenda tanah air itu.
Bagaimanapun, Aliff mahupun Sajat mengambil langkah berdiam diri dan hanya memadam video tersebut selepas menerima kecaman daripada netizen.
Menerusi akaun Instagram yang menggunakan nama Ibu_maimunah mengatakan dia berasa sedih dan terkilan dengan tindakan dua usahawan kosmetik tersebut.
WAN MAIMUNAH PUN TERKEJUT !
Dalam pada itu, Wan Maimunah atau Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 62, ketika dihubungi mStar memberitahu dia tidak mempunyai sebarang akaun Instagram seperti yang didakwa.
“Sebenarnya itu bukan akaun IG saya. Dah beberapa kali saya beritahu yang saya tidak mempunyai sebagai akaun laman sosial,” katanya.
Namun menerusi pemeriksaan, akaun IG yang menggunakan nama pelakon drama terkenal itu sudah tiada dan berkemungkinan individu tidak bertanggungjawab telah memadam akaun tersebut.
Ini komen Wan Maimunah kepada wartawan Berita Harian pada Julai 2018 lalu.
“Ia akaun palsu. Saya tidak memiliki akaun Instagram @ibu_maimunah. Saya terkejut apabila ditanya oleh seorang peminat dari ibu negara berhubung status yang dimuatkan dalam Instagram palsu ini.
“Peminat fikir saya dipermainkan hingga membuat kenyataan itu, sedangkan saya tidak tahu apa-apa. Projek drama bersiri berkenaan pun tidak pernah wujud.
“Saya bukannya jenis orang yang suka ‘meroyan’ tidak tentu pasal di laman sosial. Akaun Instagram pun saya tiada,” katanya kepada BH Online.
Sumber : MSTAR ONLINE / BHARIAN ONLINE
Be the first to comment on "Aliff Syukri Minta Maaf Kepada Wan Maimunah Tetapi Apabila Ditanya Pada Ibu Wan Maimunah, Ini Reaksi Terkejut Dia"