“Saya Kongsi Buat Yang Senasib Dengan Saya,”- Datin Diana Danielle Tak Raih Simpati

Kecoh di media sosial beberapa hari lalu apabila Datin Diana Danielle akhirnya mendedahkan dirinya ada mengalami masalah penyakit ‘Anxiety Disorder’.

Malah, bintang Gol Gincu 2 ini turut berkongsi perihal keresahan yang dialami menerusi media sosial hingga menimbulkan reaksi pelbagai pihak.

Diana atau mesra disapa Dee, mengalami kesukaran untuk bernafas dengan baik.

“Dua minggu sebelum saya terkena serangan semput itu, saya alami peluh sangat teruk dan degupan jantung saya sekejap okey sekejap tidak secara tiba-tiba.

“Saya sendiri tak tahu kenapa. Nak kata saya menghadapi masalah itu sebelum ini, tidak pula memandangkan rutin harian seperti menguruskan anak-anak, perniagaan dan sebagainya itu normal.

“Cuma apa yang menjadi punca semua ini adalah saya tak jaga tidur dan perubahan hidup.

“Saya kongsi kepada orang yang senasib dengan saya, yang mengalami masalah yang sama dan bukan berkongsi kepada orang yang memberi kritikan kepada saya”, katanya jujur.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini juga tidak pernah ambil peduli andai ada pihak yang hanya gemar memberi kritikan.

“Saya tak kisah langsung apa yang mereka yang nak cakap pasal saya, saya kongsi sebab saya ingin membantu.

“Itu sahaja,” kongsi bintang berusia 27 tahun itu lagi andai ada yang membayangkan dia seperti cuba raih simpati.

Be the first to comment on "“Saya Kongsi Buat Yang Senasib Dengan Saya,”- Datin Diana Danielle Tak Raih Simpati"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*