Bapa kritiikaI sejam sebelum nikah, wanita tabah hilang ayah sehari selepas jadi isteri

Allahu dugaannya.. Bapa kriitikaI sejam sebelum nikah, wanita tabah hilang ayah sehari selepas jadi isteri.. 😭😭

Tahniah atas perkahwinan dan Takziah atas kehilangan..

Innalillahi wainna ilaihi rojiun.. Al fatihah

Pernikahan merupakan hari paling istimewa untuk setiap bakal pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga. Namun begitu, tidak semua perancangan yang telah dibuat akan berjalan dengan lancar.

Hal tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang menceritakan kisah rakannya yang terpaksa menangguhkan majlis pernikahan dan persandingan kerana bapa tersayang berada dalam keadaan kritikaI di hospital.

Kawan kepada pengantin tersebut telah menceritakan serba sedikit mengenai keadaan yang berlaku pada hujung minggu yang lalu mengenai majlis pernikahan rakannya yang ditngguhkan apabila mendapati bapa pengantin sedang kritiikal di hospital.

Dengan berpakaian nikah, dia telah bergegas ke sana dan pernikahan itu tidak berlaku pada malam tersebut.

Sehubungan dengan itu, majlis persandingan pada keesokkan harinya telah tertukar menjadi majlis makan-makan sahaja kerana menghormati keadaan bapa pengantin yang masih kritikal.

Selepas dua hari majlis ditangguhkan pasangan pengantin telah selamat bernikah dalam suasana yang serba sederhana.

Namun begitu, pada keesokkannya bapanya telahpun menghembuskan nafas terakhir selepas dia bergelar isteri.

Perkongsian daripada Laila iaitu rakan kepada pengantin perempuan itu benar-benar meruntun hati kerana menunjukkan betapa kuatnya seorang wanita yang terpaksa berhadapan dengan perkara sedih di hari bahagianya.

Menerusi thread tersebut juga, pengantin perempuan yang bernama Laila telah mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana mengambil berat akan dirinya.

Sumber : Lailasyaf, Nisajedahla

Be the first to comment on "Bapa kritiikaI sejam sebelum nikah, wanita tabah hilang ayah sehari selepas jadi isteri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*