Dah pandai peluk bantal sendiri, keletah Ainul Mardhiah buat semua tersenyum

Perjalanan kisah adik Ainul Mardhiah yang pernah menjadi tular kerana menghidap ketumbuhan di bahagian mulut amat diingati seluruh rakyat Malaysia. Selepas hampir dua bulan menjalani pembedahan, bayi comel itu dilihat kian pulih.

Dah ada bantal busuk ea…

Hari demi hari ada sahaja berita menarik mengenai perkembangan Ainul yang menjadi perhatian seluruh negara. Selepas pulang dari London dan ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur, Ainul terlihat sangat ceria dan tiada lagi berita menyayat hati mengenainya. Hari ini, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin telah memuat naik satu video anaknya yang sudah genap setahun berbaring sambil memeluk bantal guling sendiri. Situasi comel tersebut telah menunjukkan bahawa Ainul tidak lagi mengalami sebarang komplikasi.

https://www.instagram.com/p/B1aXkvyl8Po/?utm_source=ig_embed&ig_mid=W2UdqgAAAAFWMU2QdmZ72J2PktRW

Kenapa comel sangat?

Pada muat naik susulan selepas posting video tersebut, Safiuddin turut menyertakan gambar terkini Ainul. Jelas sekali wajahnya telah kelihatan normal dan semakin berisi.

https://www.instagram.com/p/B1aontVFjU2/?utm_source=ig_embed&ig_mid=W2UdqgAAAAFWMU2QdmZ72J2PktRW

Sehubungan dengan itu, rata-rata rakyat Malaysia telah meninggalkan komen di ruangan Instagram bapanya dengan memuji perkembangan positif Ainul yang semakin bijak. Mereka juga seperti biasa tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat dan doa agar bayi kesayangan negara ini terus sihat seperti sedia kala.

Comelnya Anugerah Allah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Ahmad Safiuddin

Be the first to comment on "Dah pandai peluk bantal sendiri, keletah Ainul Mardhiah buat semua tersenyum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*