Toyota Mohon Maaf Isu Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, Pekerja digantvng tugas

Setiap kali masuk sahaja bulan Ogos, sudah semestinya semangat patriotik menjadi semakin berkobar-kobar, jadi semakin banyak kita lihat bendera Malaysia dikibarkan di setiap tempat, sebagai simbolik cinta akan negara.

Namun, baru-baru ini kecoh apabila ramai yang mengeccam cara pemasangan jalur gemilang di Pusat Pameran, Jualan dan Servis Kereta Toyota di Kuantan, yang digantung secara terbalik, disifatkan sebagai tidak menghormati bendera Malaysia.

Mengakui kesilapan yang dilakukan, pihak Toyota PDC Auto Kuantan Sdn Bhd telah membuat satu permohonan maaf  menerusi Facebook rasmi mereka, atas kejadian memasang Jalur Gemilang sercara terbalik.

Dalam kenyataan tersebut, pihak syarikat berkenaan menegaskan bahawa kejadian itu bukanlah disengajakan dan tiada ada kene mengena dengan sebarang isu yang dibangkitkan.

“TIADA KENA MENGENA DENGAN TIDAK MENGHORMATI MALAYSIA SEBAGAI NEGARA KAMI. KAMI MENGHORMATI NEGARA KAMI MALAYSIA…”

Difahamkan, kakitangan yang bertanggungjawab memasang bendera secara terbalik itu telah digantung tugas sementara siassatan dijalankan.

Walaupun rata-rata netizen telah menerima permohonan maaf tersebut, namun ramai yang masih kecewa dengan tindakan kakitangan syarikat berkenaan dan mencadangkan agar individu terbabit dipeccat.

Sumber : Toyota PDC Auto Kuantan Sdn Bhd

Link: https://www.google.com.my/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/pasang-bendera-terbalik-pengkhianatan-terbuka-kepada-negara-rizam-215413%3famp=1

https://m.malaysiakini.com/news/488664

Be the first to comment on "Toyota Mohon Maaf Isu Jalur Gemilang Dipasang Terbalik, Pekerja digantvng tugas"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*