Detik Detik Hajah Erra Fazira Tiba Pulang Ke Tanah Air Disambut Insan Istimewa

Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.

Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.

Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.

View this post on Instagram

Alhamdulilah syukur ya allah Rara… hajjah erra fazira @errafazira Selamat sampai 🥰❤️ @intanzabidin #habsahhassan

A post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on

“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.

Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.

Komen Komen Dari Wargamaya

.

.

Foto: Instagram Othong Danish

 

Be the first to comment on "Detik Detik Hajah Erra Fazira Tiba Pulang Ke Tanah Air Disambut Insan Istimewa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*