Isu Kumpulan Utusan Akan Ditutup,Azhan Rani Bersuara Dan Ini Komen Beliau

BERITA mengenai Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bakal menutup operasinya dalam masa terdekat turut menyentuh hati pelakon Azhan Rani.

Azhan, 43 berkata, akhbar tertua di Malaysia itu banyak membantu kerjaya seninya dan pernah mendapat liputan buat pertama kali pada tahun 1994.

“Terlalu banyak Utusan mengiringi perjalanan seni aku, terbayang wajah-wajah wartawan Utusan dan Kosmo! yang pernah temu bual aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu.

View this post on Instagram

24 september 1994 itulah kali pertama muka ni masuk dalam utusan malaysia.. pertandingan drama sekolah2 malaysia anjuran @dbpmalaysia dan #utusanmalaysia juga @rtm_malaysia .. di situlah permulaan aku. bak kata rakan wartawan dari syarikat utusan ni “masuk berita tu satu rahmat, nak2 pula berita gembira” Allahuakbar.. dan ahad lepas rupanya dalam akhbar sisipan #pancainderamingguanmalaysia mungkin adalah kisah terakhir aku di utusan malaysia.. sayangnya aku tak sempat simpan keratan ini sebab sibuk mendaki di baling kedah.. pagi ni godek2 jumpa dalam utusan online. terlalu banyak utusan mengiringi perjalan seni aku ni.. terbayang wajah2 wartawan utusan dan kosmo yang pernah interview aku, buat photoshoot, sidang media dan sebagainya hati ini jadi sayu. aku hanya orang kecil.. selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat.. berita utusan dan kosmo akan berkubur ni buat hati aku remuk.. seteruk inikah negara ini hari ni.. takde ke tangan dan kuasa yang mampu membantu utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. pada aku negara yang hanya dengan 1 akhbar perdana bagai negara yang hanya ada 1 parti politik.. macam mana tu? aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan utusan malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman.. terlalu banyak jasamu utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan malaysia ini. ya, usia utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni. antara kata2 diakhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi “datang lah malaikat ambik utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi” .. runtun hati aku mendengar luahan ini.. mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat malaysia berikan.. selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini. salam solidariti buat semua warga kerja #utusanmalaysia dan #kosmo.. semoga kasih sayang dan rahmat Allah melindungi kalian semua ❤️❤️

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Azhan sedih Utusan Malaysia bakal ditutup dalam masa terdekat.

“Aku hanya orang kecil, selain kata semangat dan simpati apa lagi yang boleh aku buat. Berita Utusan dan Kosmo! akan berkubur ni buat hati aku remuk,” ujarnya.

Pelakon drama bersiri Nur ini juga memuat naik keratan akhbar pertama mengenai dirinya pada 24 September 1994 itu menerusi laman Instagramnya pada Isnin.

Sebelum ini, syarikat akhbar Melayu itu dilaporkan berhadapan dengan masalah kegagalan membayar gaji pekerja hampir tiga bulan menyebabkan ada di antara mereka tidak dapat menampung kehidupan harian.

Menerusi laporan mStar pada Isnin, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak berkata jika aset-aset milik Utusan tidak terjual dalam tempoh terdekat ini, tidak ada jalan lain selain menutup operasi. 

Dalam pada itu, Azhan atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani merayu mana-mana pihak yang mempunyai kuasa membantu menyelamatkan syarikat tersebut.

“Tak ada ke tangan dan kuasa yang mampu membantu Utusan agar terus menjadi saingan akhbar perdana di negara ini. Aku masih mengharapkan sesuatu yang ajaib dapat menyelamatkan Utusan Malaysia agar terus kekal relevan merentasi zaman.

“Terlalu banyak jasamu Utusan bukan saja untuk perjalanan seni tapi perjalanan Malaysia ini. Ya, usia Utusan sendiri lebih dari usia kemerdekaan negara ni.

“Antara kata-kata akhir perbualan dengan rakan wartawan aku tadi ‘datanglah malaikat ambil Utusan dan jaga dia, kami akan kerja dengan penuh dedikasi'”.

“Runtun hati aku mendengar luahan ini. Mohon siapa pun yang punya kuasa, punya pengaruh, punya wang, punya kepercayaan yang kami rakyat Malaysia berikan, selamatkanlah akhbar yang pernah menjadi akhbar kesayangan rakyat malaysia ini,” ujarnya.

Mstar

Be the first to comment on "Isu Kumpulan Utusan Akan Ditutup,Azhan Rani Bersuara Dan Ini Komen Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*