Caprice Salahkan Akaun IG @Igkelantan Menjadi Batu Api Kerana Memyebabkan Kekecohan!! Ini Pendedahn Caprice

PENYANYI rap Caprice meny.elar tindakan pengendali sebuah akaun di Instagram @igkelantan yang memuat naik semula salinan video miliknya sehingga mencetuskan keke.cohan di laman sosial.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 31, berkata, isu berkenaan menjadi bertambah buruk apabila pengendali akaun berkenaan hanya mengambil sebahagian daripada video itu sehingga netizen tersalah anggap maksud sebenar yang cuba disampaikannya.

“Mereka sepatutnya buat laporan kepada @igkelantan kerana akaun itu punca kepada isu ini.

Persatuan NGO Anak Kelantan membuat laporan polis terhadap Caprice.

“Saya sudah memadam video berkenaan selepas saya sedar kebanyakan mereka tak baca kapsyen pada video itu. Mereka tak faham saya buat video itu sebab memerli mereka.

“Lagipun apa yang @igkelantan post itu bukan video penuh. Mereka hanya ambil part yang itu sahaja,” jelasnya kepada mStar.

Selain itu, penyanyi lagu Wat Lek Wat Peaceini meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Kelantan untuk mengambil tindakan ke atas akaun Instagram yang didakwa memperbesarkan isu berkenaan.

Caprice turut memohon maaf terhadap semua yang tersinggung dan salah faham dengan video yang disebarkan akaun tersebut.

Kalau betul nak ambil tindakan, pastikan anda ambil tindakan terhadap saya dan @igkelantan. CAPRICE PENYANYI RAP

“Kalau betul nak ambil tindakan, pastikan anda ambil tindakan terhadap saya dan igkelantan. Kalau nak ikutkan saya malas nak besarkan isu ini. Lebih baik Anak Kelantan bekerjasama dengan saya untuk mempromosi Islam.

“Rakyat Malaysia perlu bersatu dan tidak terlalu fokus akan isu ra.sis. Saya memohon maaf kepada kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat Kelantan jika mereka terasa berkenaan posting itu. Tetapi tindakan IG kelantan itu ibarat batu api kerana mengambil video tanpa kapsyen di posting berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Caprice memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis ceramah agama Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV dan menganggap mereka tidak memahami bahasa Inggeris yang disampaikan penceramah terbabit.

Susulan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Caprice atas dakwaan meng.hin4 rakyat negeri itu pada Ahad.

mstar

Be the first to comment on "Caprice Salahkan Akaun IG @Igkelantan Menjadi Batu Api Kerana Memyebabkan Kekecohan!! Ini Pendedahn Caprice"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*