Filem seram daripada negara Indonesia, bertajuk ‘Makmum The Movie’ yang diadaptasi daripada sebuah filem pendek arahan Riza Pahlevi sudah pun mula ditayangkan.
Namun, filem ini semakin menjadi sebutan, apabila seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Issarieffay telah berkongsi pengalaman seramnya selepas menonton ‘Makmum The Movie’.
Pengguna Twitter tersebut telah memuat naik video yang berdurasi 1 minit 17 saat, memaparkan dia serta rakan-rakannya di dalam kereta dan sedang perjalanan pulang selepas habis menonton wayang.
Pada mulanya, mereka hanya berbual-bual mengenai pengalaman menonton filem seram tersebut, tetapi keadaan menjadi sedikit tegang apabila salah seorang daripada mereka mula berkelakuan aneh.
Rakannya itu secara tiba-tiba menjerit bagaikan dirasuk dengan suara yang agak nyaring, dan tidak lama kemudian rakannya itu terus muntah sejurus keluar daripada kereta.
so, this thing happened right after kiteorang balik daripada tengok Makmum pic.twitter.com/ljm5yZlBcZ
— 𝙴𝚊𝚜𝚝𝚠𝚘𝚘𝚍🧢 (@issarieff) August 17, 2019
Inilah sebab aku tak suka tengok citer seram
Pelbagai reaksi yang diterima, sehinggakan ada yang juga turut berasa seram menonton video tersebut, namun ada juga yang seakan meragui kesahihan cerita tersebut.
Dengar macam ada suara nenek marah
Tak seram mana pun…
Sumber : Issarieffay
Be the first to comment on "“Tiba Tiba Dia Menjerit Seperti Dirasuk”- Member kena rasuk sampai muntah Selepas pulang Tengok “Makmum”"