Sejak beberapa hari kebelakangan ini, pengguna Instagram seakan ‘lemas’ dengan drama pengasas kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri berkaitan lagu baru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.
Bermula dengan pemilihan rakan duet dari negara Seberang yang agak kontroversi iaitu Lucinta Luna, ia dilanjutkan lagi dengan video gelek bersama Nursajat sehingga mengundang rasa marah dan meluat ibu serta isterinya yang kini berada di Tanah Suci.
Lucinta tu fikir dia femes ke?
Tidak berapa lama selepas itu, Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila meminta netizen memilih siapa yang harus bernyanyi dengannya sama ada Lucinta Luna ataupun Upiak Isil yang popular dengan lagu Tak Tung Tuang.
Namun, terdapat satu video yang tular mengenai perbualan antara Lucinta dan Aliff yang terdengar seolah-olah Lucinta menghina fizikal Upiak yang tidak begitu menawan.
Tidak mahu sekadar duduk diam apabila dihina, Upiak telah menjawab hinaan Lucinta dengan memerli selebriti itu yang seolah-olah tidak punya adab ketika bercakap.
Ikhlas kerja dengan Datuk, tapi…
Nama pun artis…
Walaupun sesetengah netizen sedar ia mungkin sekadar marketing untuk lagu terbaru Aliff Syukri, namun mereka seakan menyampah dengan kata-kata Lucinta yang menghina Upiak secara terang-terangan.
Menerusi komen di Instagram Upiak, rata-rata netizen telah meninggalkan kata-kata semangat kepada penyanyi itu dan mengakui bahawa bakat yang ada pada dirinya lebih besar berbanding fizikalnya yang dikatakan kurang cantik oleh Lucinta.
Diorang memang jenis suka menghina!
Tak perlu kot sampai menghina
Semoga nama Upiak semakin bersinar
Sumber : Upiak Isil
Be the first to comment on "Gara Gara Tak Dipilih Duet Lagu Baru Aliff Syukri, ‘Mulut Longkang’ Luciiinta Meng4ta Upiak Isil Buat Netizen Mar4h"