Siapa Masih Ingat Mazuin Hamzah?? Di Usia 54 Tahun Masih “Maintain” Cantik,Merecikkkk

Walaupun sudah lama meninggalkan persada seni tanah air tetapi sebutir bintang yang bernama Mazuin Hamzah ini tetap meniti di bibir peminatnya. Kejelitaan penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M ini di zaman kegemilangannya menjadi bualan ramai.

Mazuin Hamzah satu ketika dahulu merupakan antara penyanyi yang popular di Malaysia. Kejelitaannya semasa muda memang memukau dan menjadi bualan ramai. Mazuin akhirnya telah berkahwin pada usia 23 tahun dengan kerabat diraja Brunei adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah. Kini menetap di Brunei, Mazuin Hamzah telah pun berusia 54 tahun namun tetap jelita seperti zaman kegemilangannya dahulu.

Persahabatan di antara Mazuin Hamzah yang kini berusia 54 tahun dan penyanyi Salwa Abd Rahman bukan suatu perkara baharu. Sahabat baik ini sudah mula kenal sejak mereka bergiat aktif di pentas Mekar Sejambak, program terbitan RTM yang popular suatu ketika dahulu.

Walaupun jarak memisahkan hubungan persahabatan Mazuin Hamzah dan Salwa namun bukan bermakna kedua-dua penyanyi jelita ini terputus hubungan.

Ketika ditanya bagaimana hubungan baik mereka berkekalan sehingga kini, jawab Salwa, “Kami masih berhubung. Kami berdua selalu jumpa bila saya ada undangan persembahan Diraja Brunei. Mazuin ada bersama anak-anaknya,” tutur Salwa yang kini berusia 53 tahun serta sering mendapat undangan nyanyian oleh keluarga Diraja Brunei.

Hubungan baik di antara sahabat sama juga seperti bercinta. Tentu ada ‘spark‘ yang membuatkan best friend forever ini boleh kekal sehingga puluhan tahun. “Mazuin merupakan idola saya.

Saya suka dengan kecantikan dan aura yang ada pada Mazuin. Cara dia berpakaian, pergaulan dan sifatnya yang lemah lembut. Peminat akhirnya menjadi kawan,” jelas Salwa bila ditanya tentang keistimewaan hubungan mereka berdua.

Kalau dah nama sahabat mesti banyak perkara yang diketahui oleh Salwa tentang Mazuin Hamzah. Cuba mengorek petua awet muda Mazuin Hamzah melalui sahabat baiknya, Salwa, “Mazuin ni susah sikit. Dia bukan jenis yang suka bercerita. Dia sangat privacy!

Tapi saya tahu dia selalu exercise. Ada hari dia makan pulun habis, dalam seminggu. Ada hari dia swimming, badminton dan aktiviti lasak juga. Nampak je lembut tapi hati cekal. Semua demi anak-anak,” ungkap isteri kepada mantan pemain bola sepak negara, Subadron Abdul Aziz ini.

Menurut Salwa, Mazuin bahagia di samping tiga orang cahayamatanya. Beliau memiliki dua puteri dan seorang putera. Yang Amat Mulia Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raafiah Amalul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Khaaliq.

Episod cinta Mazuin dengan Pengiran Muda Sufri Bolkiah bermula pada 10 Julai 1987. Pertemuan pertama mereka di Vila Cinta Bersemi (kediaman Sufri di Jalan Ampang, Kuala Lumpur) telah memberi kesempatan untuk sama-sama bertentang mata.

Bagaimanapun, itu bukanlah pertemuan rasmi oleh Mazuin tetapi sebaliknya, rombongan artis Malaysia yang menyertai Mekar Sejambak dipelawa untuk bermesra dengan Sufri sebelum rombongan itu dijemput ke Bandar Seri Begawan untuk meraikan baginda sempena majlis ulang tahun kelahirannya pada penghujung Julai 1987.

Rombongan artis Malaysia mendapat layanan yang cukup hebat dan beliau pula sudah tentu mendapat perhatian Sufri yang memastikan sambutan dan layanan kepadanya itu bertaraf lima bintang. Sebelum beliau dan rombongan artis pulang ke Malaysia, Sufri memberanikan diri untuk mengadakan pertemuan dengan Mazuin yang ditemani ibunya, Maimon.

Di ruang pejabat Istana Nurul Hana, Sufri telah menyuarakan hasrat hatinya untuk meminang Mazuin. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan dalam majalah URTV, Sufri terlebih dahulu bertanyakan sama ada beliau mempunyai pilihan hati sebelum meminangnya.

Tergamam dengan pertanyaan oleh Sufri, Mazuin menggelengkan kepala. Maimon yang setia menemani anaknya itu juga ditanya oleh Sufri tentang kesediaan untuk menerima kehadirannya sebagai menantunya.

Maimon lebih senang membiarkan keputusan itu dibuat oleh Mazuin sendiri kerana berpendapat, pada usia 23 tahun adalah lebih baik jika Mazuin sahaja yang menentukan masa depannya. Setelah kata sepakat dicapai, selang seminggu selepas pertemuan di Bandar Seri Begawan, Sufri berlepas ke Kuala Lumpur dengan jet peribadinya untuk melamar Mazuin.

Persiapan dalam jangka masa berbulan-bulan dilakukan sehinggalah kepada majlis pernikahan dan persandingan yang berlangsung secara gilang-gemilang. Mereka telah dinikahkan pada 11 Disember 1987. Beliau juga pernah dikenali dengan nama “Pengiran Bini Mazuin Hamzah” selepas melangsungkan perkahwinan.

Mazuin juga menjadi artis wanita pertama yang diangkat kedudukannya sebagai permaisuri kepada kerabat diraja bagi antara negara paling kaya di dunia. Majlis perkahwinan mereka juga dikatakan kekal sebagai perkahwinan paling gemilang dalam kalangan artis tempatan sehingga ke hari ini.

Mereka telah memperoleh cahaya mata pertama yang bernama “Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bolkiah” pada 7 September 1988. Namun, tiada siapa yang pernah menyangka perkahwinan itu berakhir dengan noktah yang cukup pilu. Sehingga kini, Mazuin sukar untuk dijejaki oleh para wartawan bagi mendapatkan reaksinya.

Sumber dari Alam Popular

 

Be the first to comment on "Siapa Masih Ingat Mazuin Hamzah?? Di Usia 54 Tahun Masih “Maintain” Cantik,Merecikkkk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*