Dua hari lalu usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa terkilan apabila lebih 500 ekor ikan kelah yang diternaknya m4ti.
Aliff turut mended4hkan dia mengalami kerugian lebih RM300,000 susulan kejadian yang berlaku di kediaman mewahnya itu.
Insiden yang berlaku kepada Aliff itu menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.
Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.
āKolam mestilah dalam sekurang-kurangnya enam kaki, pengaliran air seperti air terjun perlu cantik dan tinggi.
āJangan campurkan pelbagai jenis ikan! Kalau nak beli ikan baru kena kuarantin terlebih dahulu selama tiga hingga empat hari dalam satu tong.
āSelepas keluar semua t0ksik baru masukkan sekali dalam satu kolam.
āSeperkara lagi, kalau nak ikan segar jangan letakkan terlalu banyak dalam satu kolam dan pastikan penapis air bersaiz besar dan bersihkan seminggu sekali,ā kata Vida.
Penternakan ikan kelah menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan memandangkan harga seekor ikan liar sungai itu boleh mencecah RM1,400.
Sumber : Geempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "Aliff Syukri Rugi RM300K Ikan Kelah M4ti, Ini Nasihat Vida"