“Ada orang letak dia dekat situ” – Keluarga Nora Anne Percaya Anak Mereka Dicul1k Bukan Keluar Sendiri

0
1182

Walaupun semalam, pihak polis telah mengeluarkan keputusan bed4h siasat dan mengatakan kemati4n Nora tiada unsur-unsur jenay4h, keluarga Nora Anne Quoirin masih percaya yang anak mereka dicul1k dan berazam untuk mendedahkan perkara sebenar.

Memetik MetroUK, peguam ibu bapa Nora, Charles Morel berkata yang keluarga ini masih lagi traum4 dengan kehilangan anak kesayangan mereka ini namun, masih belum menolak untuk meneruskan siasatan jenay4h atas kemati4n anak mereka.

Sumber: MetroUK

“Walaupun bersed1h, mereka sekarang sedang mencari punca sebenar kemat1an Nora. Bagaimana ia boleh berlaku, macam mana dia mat1. Nora layak dapat kebenaran ini.”

Ibu bapa Nora kini sedang menunggu keputusan DNA dan toksikologi sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kita perlu berhati-hati dengan tafsiran keputusan autopsi pertama itu. Risikonya, adalah bila mereka terus menafikan hipotesis jenay4h.

“Kami tak mahu pihak media menolak unsur jenay4h hanya dari keputusan autopsi pertama ini.

“Nora merupakan remaja yang malu dan sangat bergantung pada ibunya. Nora bukan seorang yang berani keluar pada waktu malam apabila pergi ke tempat yang jauh dari rumah, lagi-lagi di dalam hutan.”

Sumber: MetroUK

Sementara itu, atuk sebelah bapa kandung Nora, Sylvain Quoirin memberitahu media Ireland, ‘beberapa misteri tentang kehilang4n dan kemati4n Nora ini perlu dijawab sebelum mereka boleh redha dengan pemergian Nora.’

Dia tak ada dekat situ (masa pencarian awal). Ada orang letak dia di situ untuk buang dia.”

“Boleh tak anda bayangkan dia berjalan lebih 2km dalam keadaan b0gel dan berkaki ayam, melalui batu pada waktu tengah malam? Pada saya, ia mengarut.”

Menurut atuk Nora lagi, mustahil Nora boleh pergi dengan orang asing kerana Nora akan jadi tak tentu arah bila ibu bapanya tak ada di situ dan sentiasa melekat dengan ibu bapa atau adik-beradiknya.

Peguam keluarga ini juga mengatakan perkara yang lebih kurang sama dengan Sylvain.

“Tempat Nora ditemui adalah 2km dari resort, sangat pelik kalau dia boleh pergi ke sana seorang diri. Jadi kami tak boleh nak menolak perkara ini tiada unsur jenay4h.”

Pihak polis berkata Nora dipercayai telah memanjat tingkap resort tersebut namun keluarga Nora berkata yang anak mereka tak akan pergi ke mana-mana seorang diri.

SUMBER

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here