Terima Kasih Pada Mereka Yang Mendoakan Kami

Setelah berlalunya episod putus tunangnya dengan Elfira Loy, tiada pula dengar Sufian Suhaimi sudah menemui pengganti. Mungkin Sufian seolah sudah menutup pintu hatinya.

Baru-baru ini, timbul spekulasi mengenai hubungan Sufian Suhaimi dan pelakon Jasmine Suraya Chin apabila penyanyi itu muncul memberi kejutan buat Jasmine dalam satu acara majlis.

Bagaimanapun, Jasmine berkata dia selesa berkawan rapat dengan Sufian dan tidak kisah jika netizen mengaitkannya dengan penyanyi lagu Di Matamu itu. Malah, Jasmine mengakui ‘jatuh cinta’ dengan lagu nyanyian Sufian.

“Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

“Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Jasmine berkata dia yang mengajak Sufian untuk keluar makan dan mereka selesa untuk berkongsikan pengalaman cinta masing-masing.

“Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya.

“Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita,” katanya.

Sebelum ini, kemunculan Sufian di majlis meraikan ulang tahun kelima Jasmine Suraya dalam dunia seni lalu mencetuskan spekulasi dan ramai tertanya-tanya mengenai hubungan mereka.

Namun, Sufian memberitahu dia sudah biasa dengan gosip tersebut dan perkara itu tidak perlu disensasikan. Dalam masa sama penyanyi Di Matamu itu juga mengakui meminati Jasmine Suraya dalam diam.

“Secara kebetulan, Jasmine meminati lagu Di Matamu dan sukakan bakat saya.Jasmine antara hos yang saya suka tonton di kaca televisyen. Dia macam ‘crush’ saya,” kata Sufian Suhaimi

SUMBER HARIAN METRO via Rotikaya

Be the first to comment on "Terima Kasih Pada Mereka Yang Mendoakan Kami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*