Bergetar Rusuk…1nilah Wajah Cantik Anak Sulung Adflin Shauki. Secantik Namanya Mia Sara.

Meskipun baru mencecah usia 21 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.

Pun begitu, bapanya mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.

“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, dia tidak boleh menolak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.Terdahulu, pasangan anak beranak ini ditemui pada majlis pelancaran TV Disney Wizards of Warna Talk dan buat pertama kalinya, Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaruitu yang bakal bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini.

Sedikit insformasi, Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.Foto: Inst4gram Mia Sara.Sumber mediahiburan

Artikel berkaitan:Pelakon senior, Datuk Afdlin Shauki akui bahawa dia tidak boleh menghalang minat anaknya untuk turut sama ceburi bidang lakonan.Kongsi pelakon filem Papadom ini lagi, sekiranya anak-anak terlibat dalam dunia hiburan, dia sebagai bapa cuba memberi semangat dan sokongan buat mereka.

“Sebenarnya saya suruh anak-anak saya jadi doktor, usahawan, jurutera. Tetapi akhirnya mereka ‘sangkut’ ke arah hiburan pula.

“Seorang masuk bidang muzik, seorang lagi masuk lakonan dan yang bongsu pula nampaknya seperti ke arah hiburan juga sebab dia minat K-Pop,” kata Afdlin kepada MH.Bagaimanapun, Afdlin menarik nafas lega kerana kehidupan bergelar artis kini semakin terjaga.

“Saya berasa lega apabila dengar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan melakukan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO) kepada para pelakon.

“Perkara sebegini bagus untuk anak-anak kerana kebajikan mereka terjaga. Saya ingat kata arw4h ibu saya, jika ingin berada dalam bidang seni, mesti jadi yang terbaik.

“Itu juga yang saya pesan kepada anak-anak saya,” jelas Afdlin.Sumber mediahiburan

Be the first to comment on "Bergetar Rusuk…1nilah Wajah Cantik Anak Sulung Adflin Shauki. Secantik Namanya Mia Sara."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*