“Ibu Sempat Bercakap Dengan PEMANDU” – Ibu Cerita Perkembangan Terkini Pemandu Yang Terbabit Dalam Kemalangan Di Thailand.Ini Yang Ibu Nya Perlu Dilakukan Dengan Kadar Segera

Dalam perkembangan terkini pemandu Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan di Thailand sehingga menyebabkan lima maut, ibunya, Nik Rosnani Nik Li, 50, berkata, anaknya berada dalam keadaan risau dan takut.

Dalam kejadian Selasa lalu, Melinda Susilanini, 31, terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan lima pemotong rumput maut di Lebuh Raya Asia Khuha Tai, Rattaphum, Wilayah Songkhla. 

“Dia menangis kerana risau dan takut dengan apa yang berlaku. Saya hanya dapat minta dia kuatkan semangat dan jaga diri. Saya tidak mahu mengusutkan lagi keadaan dan meminta dia bersabar,” katanya.

Nik Rosnani berpeluang berhubung dengan Melinda ketika lawatan Konsulat Malaysia ke balai polis itu semalam. 

Tidak diketahui sehingga bila Melinda ditahan tetapi Nik Rosnani dimaklumkan mereka perlu mencari peguam untuk menguruskan kes itu dengan bantuan dari Konsulat Malaysia. 

Sumber: Harian Metro

Berkaitan….

Pemandu M’sia Terlibat Kemalangan Di Songkhla Tiada Lesen Sah Dan Ini Hukuman Yang Dia Kena Di Thailand

Pemandu Malaysia yang terlibat dalam kemalaangan jalan raya yang mengorbannkan lima orang pemotong rumput di Songkhla, Selatan Thailand didapati telah memandu tanpa lesen yang sah.Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kemaatian dan kerosakan harta awam.

Pemandu itu menghadapi hukuman penjara 10 tahun dan denda tidak lebih 20,000 baht (RM2,721), jika sabit kesalahan.

Polis Thai bersetuju mengurangkan ikat jamin daripada 500,000 baht (RM 68,000) kepada 200,000 (RM27,000).

Bagaimanapun, wanita itu dilarang meninggalkan negara ini sehingga kesnya selesai.Di samping itu, beliau perlu membayar sagu hati wang tunai 50,000 baht (RM 6,764) masing-masing kepada keluarga mangsa berjumlah 250,000 baht (RM33,823).Beliau juga dikenakan denda 200 baht (RM28) kerana memandu tanpa lesen sah.Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel berkata kedutaan akan memantau kes itu dari dekat.

“Kedutaan akan memberi bantuan sewajarnya yang diperlukan,” katanya kepada Bernama.

Semalam, wanita itu dan dua rakannya sedang dalam perjalanan dari Krabi ke Hatyai, Songkhla sebelum kereta yang mereka naiki melanggar lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Asia, Daerah Rattaphum, Songkhla

SUmber: AS

 

 

 

 

Be the first to comment on "“Ibu Sempat Bercakap Dengan PEMANDU” – Ibu Cerita Perkembangan Terkini Pemandu Yang Terbabit Dalam Kemalangan Di Thailand.Ini Yang Ibu Nya Perlu Dilakukan Dengan Kadar Segera"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*