Mencari Nora Anne memang Pengalaman Sukar Dilupakan Sepanjang Hayat,Sukerelawan Menceritakan Detik Detik Misi Pencarian Sehingga maa yat Ditemui

SEREMBAN: Membantu pihak berkuasa dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan sepanjang hayat buat penduduk setempat.

Bantu cari Nora Anne sukar dilupakan

Ini kerana, bantuan diberikan mereka kali ini berbeza dengan usaha yang dilakukan sebelum ini apabila man gsa dicari ditemui dalam keadaan tidak berny awa.

Mereka mengakui cabaran dihadapi juga lebih sukar kerana kejadian pertama membabitkan kehilangan di sebuah resort.

Mohd Raffiq Ismail, 31, dari Kampung Pantai berkata, dia bersama beberapa rakan dari kampung sama menyertai SAR sejak 6 Ogos lalu, selepas mendapat maklumat kehilangan remaja berusia 15 tahun itu.

Katanya, membantu mengesan orang hilang dan sesat di kawasan Gunung Berembun bukan perkara baharu baginya kerana pernah beberapa kali menyertai operasi seperti itu.

“Namun, aktiviti sedemikian sering berakhir dengan penemuan man gsa yang masih hidup dan dapat diselamatkan.

“Berbeza kali ini, apabila ma ngsa yang hilang ditemui dalam keadaan tidak bern yawa dan membabitkan pelancong asing,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Pengusaha bengkel kereta itu yang juga anak jati kampung berkenaan berkata, pengalamannya membantu mengesan individu yang hilang di kawasan itu bukan mudah kerana selain hutan tebal, keadaan muka bumi curam serta merba haya.

Bagaimanapun katanya, melalui pengalaman, akhirnya mereka berjaya menemui man gsa dan seterusnya membawa keluar dari kawasan berkenaan.

Beliau yang melahirkan rasa sedih selepas pasukan SAR menemui ma yat Nora Anne, akui pencarian remaja itu dianggap paling lama berbanding sebelum ini hanya dua hari.

“Membantu pencarian Nora Anne banyak cabarannya. Kami hanya membantu secara sukarela kerana rasa tanggungjawab sesama insan.

“Apa pun saya bersyukur kerana akhirnya man gsa ditemui walaupun dalam keadaan dan suasana yang menyedihkan,” katanya yang bersim pati dan menguc apkan takz iah kepada keluarga Nora Anne.

Penduduk Kampung Kolam Air, Pantai yang terletak di kaki Gunung Berembun itu, Bahari Shaharudin, 52, juga mengakui usahanya membantu pihak berkuasa dalam operasi itu sukar dilupakannya.

Katanya, walaupun tugas itu secara sukarela namun dilakukannya dengan ikhlas atas rasa simpati dengan nasib keluarga ma ngsa.

“Saya mula membantu pihak berkuasa sejak 5 Ogos lalu dan pengalaman ini tidak mungkin dapat dilupakan kerana cabarannya amat hebat.

“Namun, saya rasa gembira kerana akhirnya man gsa dapat ditemui walaupun dalam keadaan yang tidak dijangka.

“Saya berharap keluarga Nora Anne dapat bersabar dan tenang menerima takdir itu,” katanya yang turut sedih dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga Nora Anne.

sumber: Beritaharian

Be the first to comment on "Mencari Nora Anne memang Pengalaman Sukar Dilupakan Sepanjang Hayat,Sukerelawan Menceritakan Detik Detik Misi Pencarian Sehingga maa yat Ditemui"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*