Kes Nora Anne: Pendakwa Raya Paris Buka kertas Siasatan Jen4yah? Ini Komen Kerajaan Malaysia

PARIS – Pejabat pendakwaan di Paris membuka kertas siasatan jena yah terhadap kema tian remaja Ireland – Perancis yang ditemukan ma ti dalam hutan di Malaysia.

Menurut seorang jurucakap, bed ah siasat yang dijalankan sudah selesai namun polis Malaysia berkata pasukan forensik masih berusaha untuk menentukan punca kematian Nora Anne Quoirin, 15.

Pada 9 Ogos lalu, pasukan pendakwaan Paris juga membuka kertas siasatan jena yah kes Nora Anne kerana pencu likan, kata jurucakap kepada Reuters melalui mesej teks.

Sebelum ini, pendakwa raya Perancis kerap menjalankan siasatan terhadap kes-kes melibatkan warga Perancis di luar negara dan dalam kes tersebut, bapa Nora Anne ialah rakyat negara tersebut.

Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.
Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang secara keseluruhan melibatkan 353 anggota dari PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan sukarelawan.

Ma yat remaja itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga itu oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada jam 1.57 tengah hari Selasa lalu.
Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan akan membantu dari segi dokumentasi dan bekerjasama dengan kedutaan Ireland bagi menguruskan ma yat remaja tersebut.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, kera jaan Malaysia memberikan bantuan melalui pelbagai kementerian dan agensi kepada keluarga remaja itu.

Beliau berkata, wakil polis dari Ireland dan Perancis mendapat kebenaran untuk berada di dalam bilik bed ah siasat sebagai pemerhati.

Sumber: Sinar

Be the first to comment on "Kes Nora Anne: Pendakwa Raya Paris Buka kertas Siasatan Jen4yah? Ini Komen Kerajaan Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*