“Gatal Tangan Sangat Kan.” – Lelaki Ini Mendakwa Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin Dirog0l Orang Asli.Ini Komen Pihak Polis

SEREMBAN: Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter kerana memuat naik ciapan mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin diro gol Orang Asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, berkata dakwaan pengguna yang menggunakan akaun bernama Zikri Armstrong itu adalah satu fit nah.

“Itu adalah fit nah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan (mengenai ciapan), namun kita akan jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial satu ciapan daripada Zikri Armstrong mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemui maa ti selepas 10 hari itu diro gol oleh Orang Asli.

”Gatal Tangan Sangat Kan”….

“Pero gol Nora Anne adalah orang asli. ‘Police will never find the kil ler cuz most orang asli still dont have IC or any sort of citizen data. Bet me’,” katanya dalam laman Twitter miliknya.

Kawasan resort tempat penginapan Nora Anne dan keluarganya di Pantai, dekat sini, adalah berhampiran beberapa perkampungan Orang Asli.

Kelmarin maa yat remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan berlurah dekat anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort dia dilaporkan hilang 4 Ogos lalu.

Ma yat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki sukarelawan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sumber: Berita Harian

Be the first to comment on "“Gatal Tangan Sangat Kan.” – Lelaki Ini Mendakwa Remaja Ireland, Nora Anne Quoirin Dirog0l Orang Asli.Ini Komen Pihak Polis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*