Fiza Abdul Halim Ber4ng Sehingga Muatnaik Gambar Tidak Berhijab

PELAKON Fiza Abdul Halim berang dengan sikap segelintir netizen yang sering mencari kesalahan terhadap penampilan seseorang artis.

Fiza berkata, komen dan nasihat yang diberikan seharusnya mempunyai batasan dan tidak keterlaluan.

“Pakai jubah pun kena kecam, nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam, rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom. Hebat, hebat.

“Nasihat boleh nasihat tapi biar berpada-pada dan paling best yang komen semua private account. Sebelum bercakap fasal aurat, mulut dan lidah kena jaga juga,” ujarnya.

Aku nak tengok siapa nak kecam… Pakai jubah pun kena kecam,nampak bayang kat tudung botol pun kena kecam,rambut sehelai terkeluar pun hampa boleh zoom… Hebat hebat..👏🏻👏🏻👏🏻bulu hidung,bulu ketiak,bulu tutttt… hampa xmau zoom ka? La ni aku nak tanya hampa semua,kalau crita kami hat lama2 keluaq kat tv yg tak pakai tudung… mcm mana pulak crita tu? Hampa tak pi DM kat stesen tv ka? Come on la… nasihat boleh nasihat. Tp biaqlah berpada2.. Dan yg paling best,hat dok komen semuanya PRIVATE ACC.Sblm hampa semua nak cakap pasai AURAT,mulut lidah pun kena jaga jugak… Aku mengaku aku bukan org baik,tp aku pelan2 nak belajaq jd baik.Aku tak suka hipokrit!!Bukan aku.Nih,drp hampa semua sibok dok cari NERAKA org,hampa jgn lupa,jgn sampai SYURGA hampa sendiri terabai na..Kita semua dah tua… tunggu nak mampuihh ja..Masing2 tau dah kot nak jaga diri sendiri.. Mcm aku anak dah kluaq 3 dah… Kalau lepas ni hampa dah xminat dan xnak suka aku pun,aku tak kisah.Bukan hampa mai ketuk depan rumah aku mai bg mentedarah kat aku..Aku adalah aku… Tak perlu nak tunjuk baik depan org.Kalau org nak kata aku mulut jahat,mmg pun.Aku terima.Allah lebih tau apa niat hamba2 dia… Ada ja tak kena dimata hampa #throwback2016 #akudahmeluat #sabaqadatahap

Bekas anggota kumpulan Elite itu turut memuat naik foto tidak bertudung dipercayai gambar lama sebelum berpenampilan menutup aurat.

Dalam pada itu, Fiza berkata, dia bukan seorang yang baik namun sedang belajar ke arah itu.

“Aku mengaku aku bukan org baik, tapi aku perlahan-lahan nak belajar jadi baik. Aku tak suka hipokrit!” ujarnya.

Dalam pada itu, Fiza berkata dia juga tidak kisah jika kenyataannya ini membuatkan dia kehilangan peminat.

Malah baginya, rezeki yang diperolehi hari ini bukan bergantung kepada netizen.

Sementara itu, posting foto tidak bertudung itu mendapat perhatian pengikutnya yang meminta aktres itu memadam gambar tersebut.

Mereka juga berharap Fiza tidak terlalu membaca komen negatif sehingga menjejaskan emosinya.

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Fiza Abdul Halim Ber4ng Sehingga Muatnaik Gambar Tidak Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*