Selepas Selesai Dibedah Siasat, Maayat Nora Anne Masih Belum Dituntut Keluarganya Sehingga Petang Tadi, Masih Menjadi Persoalan

SEREMBAN: Sehingga jam 6 petang tadi, maayat Nora Anne Quoirin yang berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), masih belum dituntut ahli keluarganya.

Setakat ini tidak dipastikan bila keluarga akan menuntut maayat remaja Ireland itu manakala perkarangan Jabatan Fore nsik itu juga kini lengang dengan hanya beberapa petugas media tempatan dan antarabangsa yang masih menunggu di situ.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, memaklumkan keluarga dibenarkan menuntut maayat remaja berusia 15 tahun itu pada bila-bila masa.

Namun, katanya, setakat ini keluarga masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan itu.

Proses bedah siasat bagi mengetahui punca kemaatian remaja itu dilakukan pada jam 11.45 pagi semalam dan selesai lebih 10 jam kemudian.

Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr Hanif Mohammad.

Nora Anne disahkan maati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang selain akibat tekanan berpanjangan.

Selain itu, hanya terdapat kesan calar kecil pada bahagian kaki mangsa dan mangsa juga dipercayai maati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui serta disahkan tiada kesan dirogol atau elemen dilarikan serta diculik.

PDRM AKHIRNYA DEDAHKAN PUNCA KEMAATIAN NORA ANNE. SEBAB KENAPA MEMANG RAMAI TIDAK JANGKA PADA AWALNYA

Penantian keputusan bedah siasat maa yat Nora Anne Quoirin,15, yang ditemui m4ti Selasa lepas bukan sahaja mendebarkan petugas media tempatan, malah turut dirasai petugas media antarabangsa.

Bagi wartawan video Thomson Reuters, Jiraporn Kuhakan, beliau akui gementar menantikan laporan kepada teka teki punca kema4tian remaja itu.

“I’ve been here since last week. Every case is a new experience to me, same goes to this case.

“I would say I’m quite nervous on the post mortem result, but we have prepared for everything,” katanya kepada Bernama.

Pada Selasa, mayat wanita berkulit cerah ditemui pada 1.57 tengah hari dan disahkan anggota keluarganya sebagai Nora Anne, remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort, di Pantai, Seremban awal bulan

PUNCA KEMAAT1AN NORA ANNE DIDEDAHKAN OLEH PIHAK PDRM

SEREMBAN – Hasil bed ah siasat maayat Nora Anne Quoirin, 15, mendapati punca kem4tiannya akibat disebabkan kebocoran usus kerana tidak ada makanan dalam tempoh panjang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, bedah siasat juga mendapati Nora Anne juga telah menin ggal dunia sejak dua atau tiga hari punca kem4tian juga disebabkan tekanan yang berpanjangan.

“Ada calar-calar kecil pada kaki dan tiada kesan kena ro0 gol,” jelas beliau hari ini

Sumber : Kosmo Online / BERNAMA / ASTRO AWANI

Agong, Permaisuri rakam takziah atas kema atian Nora Anne

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan dukacita atas kemaatian Nora Anne Quoirin.

Remaja Perancis-Ireland itu ditemui mati pada Selasa, setelah dilaporkan hilang pada 4 Ogos selepas sehari dia dan keluarganya mendaftar masuk ke sebuah resort berhampiran Seremban untuk percutian selama dua minggu di Malaysia.

“Seri Paduka berdua amat sedih apabila mendengar tentang kemaatian Nora Anne Quoirin,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Seri Paduka berdua turut mengucapkan takziah dan simpati kepada ibu bapa Nora Anne, saudara kandung dan kaum keluarganya.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta sukarelawan yang terbabit dalam operasi mencari remaja berkeperluan khas itu.

Beliau berkata Seri Paduka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dari Britain, Perancis dan Ireland kerana sokongan yang dihulur dalam kes Nora Anne.

“Seri Paduka menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini sehingga siasatan polis selesai,” kata Ahmad Fadil.

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya.

Pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran untuk mencari remaja itu, bagaimanapun, pencarian itu berakhir dengan kesedihan apabila mayatnya dijumpai pada hari ke-10 operasi. – Bernama

Sumber : SINAR HARIAN , Bharian

Be the first to comment on "Selepas Selesai Dibedah Siasat, Maayat Nora Anne Masih Belum Dituntut Keluarganya Sehingga Petang Tadi, Masih Menjadi Persoalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*