“Rileks Je Tumpang Tangan Atas Peha Tun M” – Netizen Cemburu Lihat Keakraban Siti Aafiyah Dengan Perdana Menteri!

Gelagat anak kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila kelihatan mesra dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir (Tun M) dan isterinya, Tun Siti Hasmah.

Momen menarik itu sempat dirakam menerusi beberapa foto ketika Tun M dan isterinya berkunjung ke rumah Siti sempena sambutan ulang tahun perkahwinan dan hari jadi mereka yang dianjurkan oleh penyanyi tersohor tersebut malam tadi.

Perkongsian itu dibuat menerusi beberapa entri di akaun Instagram milik Siti buat tatapan umum.

“Meraikan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

“Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai,” tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan tumpang berbangga selepas membaca berita gembira itu, ada juga antara mereka yang seolah-olah cemburu melihat ‘keakraban’ Aafiyah dengan Tun M.

“Tak aci lah Aafiyah kecil lagi dah dapat jumpa Tun berdua, acik ni dah tua pun tak dapat nak jumpa Tun.

“People that we adore in one picture.

“Tiga Siti bergabung.

“Alhamdulillah, bahagianya tengok orang-orang hebat ni,” tulis netizen.

View this post on Instagram

Meraikan ulangtahun kelahiran dan ulangtahun perkahwinan Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. . Terima kasih di atas kesudian Tun berdua ke teratak kami dan masa yang diluangkan amat kami hargai. . Menzahirkan rasa hormat dan menghargai itu tidak terbatas syarat apa pun, tidak kira bagaimana caranya tetapi apabila dimaknakan, ia akan mengalir dengan sendirinya. Sederhana dan bermakna. @chedetofficial

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Dalam majlis itu, kediaman Siti dan suami Datuk Seri Khalid Jiwa dihias indah dengan sentuhan pereka hiasan dalaman terkenal Reka Teemor.

Dalam keraian itu juga, Siti dilihat menghadiahkan Tun M hadiah istimewa sementara Tun Siti Hasmah tidak melepaskan peluang menunjuk bakatnya menggesek biola untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Rileks Je Tumpang Tangan Atas Peha Tun M” – Netizen Cemburu Lihat Keakraban Siti Aafiyah Dengan Perdana Menteri!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*