Ini Reaksi Media Antarabangsa Selepas Penemuan Maa yat Remaja Perempuan Warga Ireland Nora Anne

KUALA LUMPUR – ‘Cruelly Taken Away’ seperti dilapor portal berita The Sun, United Kingdom adalah antara tajuk utama berita media asing berhubung penemuan maa yat remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, semalam.

Insden menyayat hati itu mengejutkan pelbagai lapisan masyarakat dan menjadi tajuk utama kebanyakan media antarabangsa hari ini antaranya CNN, AFP, Asia One, The Straits Times (Singapura), South China Morning Post (China), The Guardian, The Sun UK, BBC dan NZ Herald (New Zealand) dan Al Jazeera.

Agensi berita CNN melaporkan kejadian itu dengan tajuk ‘B0 dy of missing teenager Nora Quoirin found in Malaysia’ manakala portal Al Jazeera melaporkan dengan tajuk ‘Malaysian police find b0 dy of French-Irish teen who went missing’.

NZ Herald, akhbar yang berpejabat di New Zealand tidak ketinggalan melaporkan tragedi itu dengan tajuk ‘Missing UK teen: Family confirms b0 dy as Nora Anne Quoirin’.

Nora Anne dilapor hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort, The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan penyelamat (SAR) yang secara keseluruhannya melibatkan 353 anggota daripada PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pasukan elit PDRM Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan serta sukarelawan.

Selepas 10 pencariannya dilakukan, maa yat gadis itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, pada 1.57 tengah hari semalam.

Pencarian itu mencuri tumpuan rakyat Malaysia untuk mengikuti setiap perkembangan operasi SAR dan petugas media tempatan dan antarabangsa berkampung di sekitar resort berkenaan bagi melaporkan perkembangan operasi itu.

Sebaik penemuan dan pengesahan maa yat Nora Anne tersebar, netizen yang berkongsi kesedihan menzahirkan tak ziah dan sim pati kepada keluarga mendiang di media sosial.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kini dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Nora Anne.

“Saya amat se dih dengan kemaa tian Nora Anne dan mengucapkan tak ziah kepada keluarganya.

“Saya berdoa agar mereka cekal menghadapi saat-saat penuh dugaan, Kita percaya pihak polis akan melakukan usaha sedaya upaya untuk merungkai kematian tra gik ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh dalam ciapannya di laman Twitter: “Ingatan dan doa semua rakyat Malaysia bersama mereka yang menyayangi Nora Anne Quoirin malam ini. Perasaan sayang kami bersama anda”.

Turut terkesan, sebuah pusat pembangunan kanak-kanak berkeperluan khas di Putrajaya, Ryan’s Special Needs Care Centre menerusi catatan Facebooknya mengucapkan tak ziah kepada keluarga remaja istimewa itu.

“Ucapan takziah kami yang mendalam. Semoga Tuhan meletakkannya di tempat istimewa… Tiada kata yang dapat melahirkan kesedihan kami. Semoga r0 hnya dicucuri kedamaian dan keselesaan,” katanya. -Bernama

Sumber

Be the first to comment on "Ini Reaksi Media Antarabangsa Selepas Penemuan Maa yat Remaja Perempuan Warga Ireland Nora Anne"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*