Biarpun hampir 150 hari peserta larian Gopeng Ultra Trail, Mohamad Ashraf Hasan, 29 atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang, ia tidak memutuskan semangat keluarganya untuk meneruskan usaha pencarian sehingga saat ini.
Abang Ashraf, Mohd Zahiruddin Hasan berkata, keluarganya tidak pernah berputus asa biarpun usaha pasukan mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berwajib telah dihentikan.
“ Sehingga hari ini kami masih jalankan usaha mencari walaupun skala carian kecil dan bantuan luar semakin berkurang.
“ Kami belum sampai tahap berserah pada takdir, kami masih lagi nak berusaha, doa dan tawakal.
” Yang belum ditemui itu ada pertalian dengan kami, jadi kami akan terus berusaha mencari,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, dia yakin Ashraf masih boleh dijumpai.
“ Kami memang yakin Ashraf boleh dijumpai, cuma akan ambil masa panjang kerana jika dilihat pada kawasan dilaporkan hilang hanya radius penempatan penduduk, bukan hutan tebal.
“ Maka agak mustahil dia hilang tanpa jejak begini. Lambat laun akan tahu (apa berlaku pada Ashraf) tetapi perlu sedikit masa dan semoga ALLAH kabulkan doa kita,” katanya.
Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang memulakan larian dari Gua Tempurung bagi kategori 25 kilometer (km) disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas dalam pertandingan itu.
Operasi mencari kemudiannya digerakkan bermula di check point 6, lokasi terakhir mangsa dilihat iaitu kira-kira 12km dari garis mula.
Sementara itu, kepulangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau Acap yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail sejak 23 Mac lalu masih dinantikan isteri tercinta.
Biarpun sudah hampir lima bulan tiada khabar berita, Hamizah Mohd Ramli, 27, yakin suaminya akan pulang tidak lama lagi.
Mohd Zahiruddin bersama rakan-rakan yang bersama dalam pencarian adiknya di kawasan dilaporkan Ashraf hilang.
Menurutnya, besar harapan dia dan anak kecilnya, Aishah Nur Zahra yang berusia setahun lebih melihat Acap menyambut Aidilfitri bersama tahun ini.
” Saya yakin masih ada peluang untuk kami beraya bersama. Cukup saya katakan walaupun lagi sesaat nak raya, ia masih lagi harapan untuk saya.
” Doakan suami saya selamat pulang. Memang saya harap dia balik dengan cepat tetapi ALLAH lebih mengetahui masa yang sesuai,” katanya
Berita tentang kehilangan Acap telah mengejutkan ramai pihak dan seluruh rakyat Malaysia. Acap dikesan tidak bersama rakan lain di garisan penamat dalam satu program larian pada 23 Mac 2019 lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sinar Viral Network
Sumber: s1narhar1an
Terdahulu..
Keluarga Acap terus cari, ikhtiar
IPOH: “Kami tak pernah berhenti berusaha dan berikhtiar,” kata Mohd Zahiruddin Hassan, abang kepada Mohammad Ashraf, 29, atau Acap yang sudah tiga bulan hilang ketika menyertai satu acara larian di Gopeng pada Mac lalu.
Beliau berkata, mereka sekeluarga masih belum berputus asa dan akan berusaha mencari juruteknologi makmal perubatan di Klinik Kesihatan Daerah Muar itu.
Bagaimanapun, katanya, pencarian di lokasi terakhir adiknya dilaporkan hilang, dilakukan dalam kumpulan kecil pada waktu-waktu tertentu.
“Pencarian masih dijalankan. Kami tidak pernah berhenti untuk berusaha serta berikhtiar,” kata Mohd Zahiruddin, 35, ketika dihubungi hari ini.
Acap dilaporkan hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 di Gopeng pada 23 Mac lalu.
Kehilanganya dilaporkan kepada polis sehari kemudian apabila penganjur dan rakan-rakan yang cuba mencari gagal menemuinya selepas acara tamat pada jam 2 petang.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan pada 17 April lalu selepas hampir sebulan kejadian.
Sementara itu, Mohd Zahiruddin berkata, mereka sekeluarga memang sudah menjangka tulang yang ditemui di Gua Kandu, Gopeng pada 20 April lalu, bukan milik Acap.
“Memang kami sekeluarga sudah jangka itu bukan tulang Acap,” katanya sambil menambah, mereka sudah dimaklumkan oleh polis mengenai keputusan ujian DNA terhadap tulang berkenaan.
“Masa tulang itu ditemui pun, saya sendiri ada keluarkan kenyataan yakin itu bukan tulang dia,” katanya.
Pada 14 Jun lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengesahkan serpihan tulang yang ditemui itu bukan milik Acap selepas ujian DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia mendapati ia tidak sepadan dengan DNA ibu dan abangnya.
Be the first to comment on "“Hampir Lima Bulan Acap Hilang” – Abang Acap Kongsi Sesuatu Dan Ini Kata-Kata Beliau Buat Ramai Terkesan"