Keluarga Nora Anne Hadir Untuk Pengecaman Maayat Dan Ini Jawapan Mereka

KELUARGA mengesahkan Maa yat wanita ditemui di kawasan hutan di Pantai, Seremban, tengah hari ini, adalah Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, pengesahan itu diperoleh selepas keluarga membuat pengecaman Maa yat di Unit Fornsik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

“Keluarga dibawa untuk pengecaman Maa yat dan mereka mengesahkan Maa yat itu adalah Nora Anne.

“Proses bedah siasat akan dijalankan oleh Senior Patologi dari Hospital Kuala Lumpur pada 10 pagi esok,” katanya pada sidang media di Unit Forensik HTJS, malam ini.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi mangsa dilaporkan hilang masih diteruskan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.

“Operasi SAR tidak berhenti lagi untuk kita jalankan siasatan lanjut. Kita tunggu keputusan bedah siasat,” katanya.

Terdahulu, ahli keluarga remaja itu dilihat hadir di Unit Forensik HTJS untuk membuat proses pengecaman, pada 8.40 malam.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri, Nicole Tan Lee Koon.

Maa yat  Nora Anne ditemui di Gunung Berembun berhampiran sebuah resort di Pantai, Seremban, 1.57 petang hari ini.

Maa yat berkenaan ditemui sekumpulan pendaki yang turut menyertai operasi dan menyelamat (SAR) berkenaan.

Maa yat ditemui di kawasan lurah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tempat remaja itu menginap. Ketika ditemui, Maa yat tidak berpakaian berhampiran anak sungai.

Kawasan Maa yat berkenaan ditemui termasuk dalam liputan kawasan pencarian pasukan SAR sebelum ini.

Nora Anne disedari hilang dari bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai, Seremban oleh keluarganya pada 8 pagi, 4 Ogos lalu.

Remaja orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian dua minggu di negara ini.

Sumber: Hmetro Online

Terkini !! Polis Sahkan Status Maa yat Ditemukan Adalah…

SEREMBAN – Keluarga warganegara Ireland yang kehilangan anak perempuan sejak 4 Ogos lalu mengesahkan maa yat perempuan yang ditemukan polis tengah hari tadi adalah Nora Anne Quorin, 15.

Sumber: Sinar

13 Ogos – Keluarga sahkan maa yat yang ditemui adalah remaja #NoraAnneQuoirin

Manakala proses bed4h siasat ke atas maa yat #NoraAnneQuoirin akan dilakukan pada 10 pagi esok. – Ketua Polis Negeri Sembilan.

Sumber : Bernama

13 Ogos – Keluarga Nora Anne tiba di Hospital Tuanku Jaafar Seremban, bagi proses pengecaman maa yat.

#BeritaRTM #NoraAnne

13 Ogos – maa yat wanita yang ditemui di kawasan berdekatan salah sebuah resort di Pantai, Seremban telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar bagi proses bedah siasat.

#BeritaRTM #NoraAnne

Be the first to comment on "Keluarga Nora Anne Hadir Untuk Pengecaman Maayat Dan Ini Jawapan Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*