”Mcm Angkat Kertas” Netizen Terkejvt, Video Idris Khan ‘Angkat’ Intan Najuwa

Drama lakonan Intan Najuwa bersama Idris Khan bertajuk Tuan Danial menerima pelbagai respon positif daripada peminat mereka di laman Instagram.

Baru-baru ini pula, Intan yang juga sangat popular menerusi drama Kekasih Paksa Rela ini memuat naik satu rakaman video pendek.

Merupakan babak lakonannya bersama Idris Khan, bagaimanapun peminat terkejut melihat babak tersebut yang juga membuatkan mereka terhibur. Mana taknya, Idris dengan bersahaja mengangkat Intan membuatkan netizen berseloroh dengannya di ruangan komen.

View this post on Instagram

Siapa tengok scene ni tadi? 🤣 #TuanDanial @tv3malaysia @dramasangat @creativeskillsolution

A post shared by Intan Najuwa, 22 🇲🇾 (@intannajuwa) on

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Sinar Viral Network Sumber: IG Intan Najuwa

Siapa Tuan Danial Di Hati Intan Najuwa?

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa tidak lama lagi akan tampil dalam drama terbaru iaitu Tuan Danial, membawa watak sebagai pembantu rumah.

Bakal bergandingan bersama Idris Khan dan Luqman Hafidz, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu turut berkongsi foto dan juga video pendek penggambaran drama berkenaan di media sosial.

Drama 13 episod ini bakal ditayangkan menerusi slot Lestary di TV3, mengisahkan tentang cinta seorang wanita yang telah diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial. Wanita itu kemudian menyamar menjadi pembantu rumah, namun tidak pandai langsung membuat kerja rumah.

Bagaimana kisah cinta mereka terjalin? Sama-sama kita nantikan drama Tuan Danial!

Be the first to comment on "”Mcm Angkat Kertas” Netizen Terkejvt, Video Idris Khan ‘Angkat’ Intan Najuwa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*