Fendy Bakri Kongsi kisah hitam “aku dah 50-50″ , bertarung ny4wa diser4ng peny4kit misteri Buat Ramai Sebak

SAMBUTAN Hari Raya Aidiladha tahun ini agak istimewa buat pelakon Fendy Bakry apabila turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Bersempena itu, Fendy membuat posting istimewa menghargai peminat yang selama ini menyokong kariernya dalam industri hiburan.

Lebih menyentuh perasaan apabila Fendy atau nama sebenarnya Mohd Affandi Nor Bakri, mengenang kembali pengalaman pahit yang dilaluinya setahun yang lalu.

View this post on Instagram

11 Ogos tahun dot dot dot.. Lahir la sorang budak yang tak dengar cakap.. kasar dan semua malaun dan ank hantu ada kat dia.. Perghhhh!!! tak sangka tertambah 1 lagi angka untuk warga emas nie.. hahahahaha Apa2 aku nak hampa tau yang aku nie nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hampa semua yang mana duk kirimkan doa.. selalu buat solat hajat.. selalu nasihat dan selalu jugak membawang.. Semuanya aku sayang!!😘 Disebabkan semangat hampa semua la.. aku berjaya lalui detik2 sukar dalam hidup aku.. (jarang2 guna sukar nie hahaha).. Perjalanan seni yang aku lalui ni pn di sebabkan hampa semua yang menyokong.. Walau hujan, ribut taufan hampa tetap nak menyokong gak walaupun aku jarang nk berbalas komen, jarang nk reply mesej kat ig..apa2 pn terlebih dahulu aku mintak maaf atas kesibukkan aku.. Aku ingat lagi di masa aku tengah nazak.. nyawa aku dah 50/50 masa tu.. tiap hari aku selalu tengok tweet dan jugak mesej2 dari hampa semua.. di sini aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang dari hampa semua.. Bertarung nyawa bukan la sesuatu benda yang sangat mudah tapi di sebabkan nilai kasih sayang dan semangat yang hmpa pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.. dan sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup aku, tak semua apa yang hmpa nmpak pada aku tu adalah sesuatu yang sangat indah.. sukar di ingatkan aku menghiburkan orang jadi tak perlu aku rsaukan orang..cukup aku redha dengan segala apa yang ada.. Terima kasih atas keikhlasan hampa semua dari awal hingga la aku berada di tahap pisang mcm nie.. inshaAllah aku cuba lagi untuk bwkkan pisang itu belayar.. . Aidiladha.. sangat la bermakna buat aku dan aku harapkan jugak aidiladha tahun nie akan memberi beribu makna pada hampa semua.. kalau nak karang panjang2 pun hampa tak lalu nak baca.. hahahaha So…Terima kasih aku ucapkan untuk korban masa dan tenaga hmpa selama mana hmpa bersama aku.. Aku mohon maaf atas keterlanjuran kata yang bersebab or tidak bersebab dan segala salah yang datang dari aku.. Moga ukhwah yang terjalin akan terus erat buat semua kawan2 yang ada.. Aamin . #LEO @fendynisme @fendynismesg

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

“Aku ingat lagi masa tengah nazak, nyawa aku dah 50-50 masa tu, tiap hari aku selalu tengok tweet dan juga mesej-mesej daripada anda semua.

“Aku dapat sesuatu yang tak pernah aku dapat iaitu kasih sayang anda semua. Bertarung nyawa bukan sesuatu benda yang sangat mudah tapi di sebabkan nilai kasih sayang dan semangat yang anda pinjamkan pada aku, aku masih ada di sini.

Antara catatan Fendy di ruangan Instagram miliknya.

“Sampai sekarang walaupun aku bertarung nyawa dan survive dalam hidup, tak semua apa yang anda nampak pada aku tu adalah sesuatu yang sangat indah.

“Aidiladha sangat bermakna buat aku dan aku harapkan juga ia akan memberi beribu makna kepada anda semua,” ujarnya.

Perkara itu dikongsikannya menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Sebelum ini, Fendy dilaporkan mengalami penyakit misteri sewaktu menjalani penggambaran drama Mr Grey terbitan Global Station.

Menerusi laporan mStar pada 26 April tahun lalu, kakaknya Fahaniza berkata, Fendy berada di kampung halamannya di Perlis bagi mendapatkan rawatan perubatan secara Islam.

View this post on Instagram

🤪

A post shared by Fendy Bakry (@fendybakry) on

Dia dikatakan berada dalam keadaan lemah sehingga tidak mampu menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini Fendy sudah mendapatkan rawatan pakar di hospital namun keadaannya masih sama.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Fendy Bakri Kongsi kisah hitam “aku dah 50-50″ , bertarung ny4wa diser4ng peny4kit misteri Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*