Dua Jam Lambai Tangan Minta Bantuan Tapi Semua Taknak Tolong Hinggalah Lelaki Ini Datang

0
1249

 

Apa yg dilakukan oleh lelaki ini terhadap pakcik itu mmg tak sangka

”Saya tak sampai hati melihat pakcik itu melambai tangan meminta tolong dan berasa bersalah jika berlalu pergi tanpa membantunya,” kata Muhammad Khairunnaim Mohd Sobri, 27.

Muhammad Khairunnaim memberi reaksi mengenai tindakannya membantu seorang lelaki tidak dikenali yang berdiri di bahu jalan sambil melambai tangan kepada kenderaan lalu lalang.

Pengalaman membantu lelaki berkenaan dikongsikan menerusi kenyataan ringkas dan gambar di akaun Twitter miliknya, malam tadi. Ciapan itu mengundang pelbagai reaksi dan sehingga kini mendapat lebih 600 tanda suka dan hampir 900 ulang ciap daripada warganet.

Menceritakan kejadian sebenar, Muhammad Khairunnaim berkata, kejadian berlaku semalam ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di KL Sentral ke rumahnya di Tasik Biru Kundang, Selangor.

Menurutnya, ketika menunggang motosikal di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor pada 7.15 malam, dia ternampak seorang lelaki yang sudah berusia berdiri di tepi van sambil melambai tangannya.

“Saya memberhentikan motosikal dan ketika itu, saya lihat dia tidak berseorangan sebaliknya bersama isteri dan anak perempuannya. Saya bertanya lebih lanjut dan dia menjelaskan vannya rosak ketika dalam perjalanan untuk membawa isteri dan anaknya untuk menghadiri temujanji bersama doktor di hospital berhampiran .

“Pakcik itu kata dia cuba mendapatkan pertolongan daripada pemandu lain yang lalu lalang tetapi tidak diendahkan dan akhirnya tersadai di baju jalan selama dua jam,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Tanpa berfikir panjang, Muhammad Khairunnaim berkata, dia mempelawa lelaki berkenaan membonceng motosikalnya pulang ke rumahnya di Kuang kira-kira 15 minit dari lokasi itu. Menurutnya, lelaki itu kemudiannya mengambil motosikalnya sendiri untuk ke lokasi itu semula bagi membawa anak dan isterinya pulang.

Katanya, dia tidak menaruh syak wasangka kerana yakin lelaki berkenaan benar-benar dalam kesusahan dan tiada niat untuk mempermainkannya.

“Saya menawarkan pertolongan kerana simpati dan tidak sanggup membiarkan mereka dalam keadaan seperti itu. Mereka benar-benar dalam kesusahan jadi saya berasa bertanggungjawab untuk membantu kerana tidak dapat bayangkan jika ahli keluarga sendiri berada dalam keadaan seperti itu.

“Walaupun dia hanya mengucapkan terima kasih tanpa memberi upah atau ganjaran, saya puas kerana dapat meringankan bebannya kerana siapa tahu, saya pula diuji dengan nasib sama di kemudian hari,” katanya.

Muhammad Khairunnaim yang juga anak sulung daripada lapan beradik berkata, niatnya berkongsi pengalaman itu sekadar untuk mengajak orang ramai membantu individu dalam kesusahan.

Katanya, ada juga warganet yang mempersoalkan tindakannya kerana menganggap tidak boleh sembarangan membantu individu tidak dikenali tetapi lebih banyak komen positif daripada negatif.

“Bagi saya, daripada terus berburuk sangka adalah lebih baik jika kita mendoakan mereka yang dalam kesusahan,” katanya.

Sumber: hmetro dan twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here