Sampai Westlife Pun Bersuara Selepas Lima Hari Nora Anne Belum Ditemui. Ini Kata-Kata Mereka

Tiada perkataan selain menakjubkan untuk menggambarkan konsert Westlife The Twenty Tour 2019 ‘LIVE’ in Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 7,000 penonton di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, malam ini.

Kuartet Westlife yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan dan Mark Feehily bukan saja menampilkan persembahan bertenaga, malah keseluruhan produksi konsert itu sememangnya mega.

Kumpulan yang berasal dari Ireland itu ternyata memberikan 200 peratus tenaga pada persembahan mereka sebagai tanda terima kasih khususnya buat peminat di negara ini.

Dalam pada teruja menghiburkan penonton di konsert The Twenty Tour bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, kumpulan Westlife turut menyeru rakyat Malaysia sama-sama membantu memberikan maklumat mengenai kes kehilangan remaja, Nora Anne Quoririn.

Remaja berasal dari Ireland berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban sejak 4 Ogos lalu.

” Kami menyeru kepada seluruh rakyat di negara ini agar sama-sama menghulurkan bantuan memberikan maklumat terkini dan sahih mengenai kehilangan Nora.

“ Kami pasti keluarganya kini sangat berharap agar Nora kembali ke pangkuan mereka dengan selamat. Dan pasti keluarga remaja itu sangat menghargai pertolongan anda, terima kasih Malaysia,” ujar salah seorang ahli kumpulan, Nicky Byrne ketika mengadakan persembahan malam ini.

Selain Nicky, Westlife dianggotai Shane Filan, Mark Feehily dan Kian Eagan.

Westlife yang mengadakan konsert jelajah The Twenty Tour pada malam pertama di sini berharap remaja tersebut segera ditemui dan yakin kerajaan Malaysia sedang melakukan yang terbaik dalam misi pencariannya.

Tambah Nicky lagi, kehilangan Nora terasa dekat dengan mereka kerana berasal dari negara sama iaitu Ireland.

” Remaja ini satu negara dengan kami, jadi kami amat berharap kepada sesiapa yang mempunyai apa-apa maklumat tentang kehilangannya, segeralah laporkan kepada pihak berkuasa,” rayunya.

Sehingga kini, kehilangan Nora masih misteri dan pihak polis belum menemui motif yang jelas berkenaan kehilangan remaja berkenaan.

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Sampai Westlife Pun Bersuara Selepas Lima Hari Nora Anne Belum Ditemui. Ini Kata-Kata Mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*