Agong Dan Permaisuri Selamba Makan di Kafetaria, Siap Pakai Tangan. Netizen Kata “Melayu Pure Betul”

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menikmati santapan tengah hari dengan cara yang cukup santai.

Mana tidaknya baginda berdua bersama dua orang anakandanya Tengku Puteri Afzan dan Tengku Puteri Jihan, hanya menikmati hidangan sederhana di kafetaria Istana Negara sehari selepas istiadat pertabalan.Instagram Istana Negara sebelum itu berkongsi gambar Agong dan keluarga baginda menikmati santapan tengah hari.

Setakat ini, sebanyak 12,355 orang memberi tanda ‘love’ sebagai lambang suka kepada perkongsian gambar berkenan.

” Makan dekat kafetaria ja,” demikian komentar Syed Syafiq di Instagram rasmi Istana Negara.Dalam pada itu menurut leyna.bantal_hezelina dia suka melihat YDPA dan Permaisuri Agong.” Sangat merendah diri dan berjiwa rakyat,” katanya.

Sementara menurut Aida Arif, sikap sebegini menonjolkan baginda sebagai raja berjiwa rakyat.

” Tuanku memang sempoi laaa..permaisuri makan guna tangan je,ni bru betul melayu piyooo” katanya.

Menurut nadzley_amn pula dia mendoakan kebaikan buat baginda sekeluarga.

” Daulat Tuanku semoga Tuanku berdua terus beristiqamah sepanjang masa dan diberikan rahmat dan kebijaksanaan oleh ALLAH untuk memayungi pemerintahan negara…dirgahayu Tuanku,” katanya.Istana Negara semalam menyaksikan satu lagi peristiwa penting dalam lipatan sejarah tanah air apabila Sultan Abdullah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.Sultan Abdullah, melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari lalu bagi menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan berkenaan 6 Januari lalu.

Seri Paduka yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam pada 15 Januari menggantikan Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Januari.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sinar Viral

Sumber: hmetro

Be the first to comment on "Agong Dan Permaisuri Selamba Makan di Kafetaria, Siap Pakai Tangan. Netizen Kata “Melayu Pure Betul”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*