“Bersalin Awal?..” Dedah Hamil 4 Bulan, Abby Abadi Jelaskan Status Sebenar Baby K

Pelakon Abby Abadi mencetuskan teka-teki apabila memuat naik beberapa keping foto bersama seorang bayi lelaki yang diberi nama Baby K.

Mendedahkan dia kini sedang hamil empat bulan, kata pelakon drama bersiri Gerak Khas itu lagi dia sudah berjaya mendapatkan dokumen sah untuk menjaga bayi comel itu sebelum diserahkan kepada ibu dan bapa angkat sebenar.

“Selesai satu lagi urusan baby hari ini. Saya gelarkan Baby K sahajalah. Bayi yang saya dan suami jaga semalam, bukan bayi saya tau.

“Saya mengandung baru empat bulan lebih, kalau betul boleh bersalin awal, saya nak. Tapi tak mungkin. Maaf kalau tersalah faham.

“Baby K iras sangat dengan ibu dan ayah angkat dia. Hidung masing-masing sepaten saja. Comel!

“Surat beranak, MyKid, Pesuruhjaya Sumpah selesai. Syukur. Semoga mak dan ayah angkat Baby K dapat menjaga amanah Allah ini sebaik-baiknya.

“Selamat berjaga malam nanti. Baby K nak tidur kat ketiak tau, letak tempat lain dia menangis,” tulis Abby menerusi sebuah entri di Instagram.

Kelmarin, Abby mencetuskan spekulasi bahawa dia kini sudah bersalin apabila memuat naik sekeping foto mendukung seorang bayi lelaki.

“Alhamdulillah bersalin awal kita. Baby boy. Seronok Dayana asyik nak peluk cium je,” tulisnya kelmarin.

Status itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat hingga ada yang meragui status sebenar Abby.

Namun, ada juga yang mengandaikan bayi yang dijaga oleh Abby itu merupakan anak angkat ketiganya selepas Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia.

Terdahulu, hasil perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim, Abby dianugerahkan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "“Bersalin Awal?..” Dedah Hamil 4 Bulan, Abby Abadi Jelaskan Status Sebenar Baby K"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*