[VIDEO] “Ingin Mohon Maaf Atas Kejadian Semalam…,”- Rupanya Ini Sebab Zizan Razak ‘Naik Hantu’ Di Lokasi

Pelakon Zizan Razak dan pengarah Wira, Adrian Teh telah ‘berkelahi’ di set pengambaran filem tersebut, malam tadi.

Kisahnya apabila Zizan mula meninggikan suara kepada Adrian kerana dianggap tidak fokus ketika mengarah dan pada masa bertanya bila babaknya akan selesai.

Kekecohan berlaku hingga mendapat perhatian pelakon utamanya, Hairul Azreen. 

Bagaimanapun, ia hanyalah ‘prank’ kepada suami pelakon Hanis Zalikha sempena ulang tahun hari jadinya yang ke-31 tahun. 

“Assalamualaikum Malaysia. Saya Zizan Razak ingin memohon maaf diatas kejadian yang berlaku semalam.

“ Tetapi apa yang saya buat sejujurnya untuk bahagiakan adik saya @hairulazreen maafkan saya tuan Director @adrianteh19 @wira_2019,” tulis Zizan. 

View this post on Instagram

Assalamualaikum Malaysia. Saya Zizan Razak ingin memohon maaf diatas kejadian yang berlaku semalam. Tetapi apa yang saya buat sejujurnya untuk bahagiakan adik saya @hairulazreen maafkan saya tuan Director @adrianteh19 @wira_2019

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Lalu, video tersebut dihujani komen pelbagai terhadap lakonan Zizan dan Adrian yang ‘menjadi’ demi melakukan prank kepada rakan baiknya itu. 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1 juta tontonan selepas dimuat naik Zizan lewat malam tadi. 

Video : IG Zizan via Media Hiburan

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "[VIDEO] “Ingin Mohon Maaf Atas Kejadian Semalam…,”- Rupanya Ini Sebab Zizan Razak ‘Naik Hantu’ Di Lokasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*