Penyanyi Ayda Jebat mencipta sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AirAsia penerbangan AK5106 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki di atas paras laut) oleh Malaysia Book Of Records hari ini.
Ayda ketika ditemui berkata, dia berasa teruja dan berbangga dengan pengiktirafan itu kerana diberikan peluang menjadi sebahagian daripada misi mencipta rekod berkenaan.
“Syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuaca hari ini juga baik. Saya berasa gembira kerana mendapat pengalaman baru yang tidak pernah difikirkan sebelum ini. Maklumlah, menyanyi di dalam pesawat yang sedang terbang di awan biru.
“Selain itu, saya terharu kerana penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya. Menurutnya, melihat majoriti penumpang adalah berbangsa Cina, dia tidak melepaskan peluang menghiburkan mereka menerusi lagu Xin Tai Ruan.
“Saya berasa teruja apabila dapat menyanyikan tiga lagu pada acara ini termasuk lagu Pencuri Hati dan Temberang,” katanya. Kejayaan terbabit turut dikongsi oleh Shadow Puppet Theatre yang turut sama memeriahkan persembahan itu.
Persembahan mereka turut disaksikan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Tambakau dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio.
Persembahan itu adalah sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 (MM2019) yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 serta mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya. Sedikit maklumat dan info tentang penyanyi kecil molek ini.
Ayda Jebat dilahirkan sebagai Nur Suhada binti Jebat pada 17 Mac 1992 di Merlimau, Melaka dan beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik dalam keluarganya.
Beliau mempunyai dua adik perempuan dan seorang adik lelaki. Salah seorang saudara perempuannya ialah Nur Shafinaz Jebat atau lebih mesra disapa Fina AF9. Beliau dibesarkan oleh ibunya selepas ibu bapanya bercerai.
Ayda menempa kejayaan terbesarnya pada 2014 apabila beliau membawakan watak Armel Aisya dalam drama adaptasi novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin.
Siri itu kemudiannya menjadi rancangan televisyen Malaysia yang diiktiraf secara kritis sekaligus melonjakkan nama beliau ke puncak populariti dan melayakkan beliau memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Ayda Jebat memang hebat. Set a new height of her career with the Highest Altitude Live Music Performance at 38000 feet on AirAsia flight to Kota Kinabalu in conjunction with Minggu Muzik Malaysia. Passengers were singing along, clapping hands and dance on their seats except for the energetic stewardess. For more information click here https://mmm2019.my/
Posted by Dato' Michael Tio on Thursday, 8 August 2019
Sumber: hmetro, wikipedia dan ig
Be the first to comment on "Ini Yang Ayda Jebat Lakukan Sehingga Tersenarai Dalam Malaysia Book Of Records,Tak Sangka!!"