Setelah Lama Pendam, Akhirnya Jasmin Hamid Dedah Sikap Sebenar Faizal Hussein

Menerusi entri di Instagram (IG), Jasmin menjelaskan dia bersyukur apabila seringkali diberikan peluang untuk bekerjasama dengan Faizal dalam sesebuah lakonan.

“Syukur Alhamdulillah dari saya muda sampailah sekarang, Allah masih beri saya peluang bekerjasama dengan Pelakon Lelaki Terbaik Malaysia bertaraf international, Seniman @faizalhusseinofficial yang amat saya kagumi dan hormati di atas kejayaan.

“Sikap beliau yang sering merendah diri walaupun nama beliau sentiasa di julang. Sepanjang saya bekerja dengan beliau, saya tak pernah dengar beliau marah dan merungut walaupun adakalanya berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan

“Beliau sentiasa jaga kerja dan hormat orang sekeliling. Inilah kunci kejayaan beliau dan membuatkan beliau masih relevant sehingga kini.

“Beliau merupakan salah seorang idola saya. Aura beliau sangat kuat! Semoga Seniman @faizalhusseinofficial sentiasa di dalam peliharaan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta,” tulisnya.

View this post on Instagram

Syukur alhamdulillah… Dari saya muda sampailah sekarang,Allah masih beri saya peluang bekerjasama dengan Pelakon Lelaki Terbaik Malaysia bertaraf international, Seniman @faizalhusseinofficial yang amat saya kagumi dan hormati di atas kejayaan dan sikap beliau yang sering merendah diri walaupun nama beliau sentiasa di julang.. Sepanjang saya bekerja dengan beliau, saya tak pernah dengar beliau marah dan merungut walaupun adakalanya berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan..Beliau sentiasa jaga kerja dan hormat orang sekeliling.. Inilah kunci kejayaan beliau dan membuatkan beliau masih relevant sehingga kini.. Beliau merupakan salah seorang IDOLA saya.. AURA beliau sangat kuat! Semoga Seniman @faizalhusseinofficial sentiasa di dalam peliharaan Allah dan bahagia bersama keluarga tercinta.. . . 📷 @nikonia.fujiyama Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #malaysianactress #malaysianactor #sesalanterakhir #terimakasihallah #hebatbukan

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kesihatan kedua-dua pelakon ini serta kagum dengan mutu lakonan yang ditunjukkan oleh mereka.

Sumber : Gempak

“Kalau Nak Jadi Orang Berilmu, Kita Kena Berguru” – Anak Jasmin Hamid Belajar Berlakon Dengan Fauziah Nawi

Pelakon terkenal, Jasmin Hamid mendedahkan anaknya, Haziq MacQuistan kini sedang belajar berlakon bersama seniwati senior, Fauziah Nawi.

Perkara itu dikongsi Jasmin menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Menurut Jasmin, dia sudah lama menimba ilmu lakonan dari seniwati itu dan kini dia tiba masa untuk Haziq mengikut jejak langkahnya.

“Kalau nak jadi orang yang berilmu, kita kena berguru, sekarang tiba giliran anak saya pula timba ilmu dari guru saya, seniwati Hajjah Fauziah Nawi.

“Saya mahu anak saya jadi seorang pelakon yang cerdik dan berjaya sebagai anak seni, seorang pelakon versatile.

“Nak jadi artis senang sangat zaman sekarang ni tapi nak maintain jadi artis tu yang susah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam pada itu, Jasmin turut menyatakan bahawa beberapa anugerah yang pernah dinobatkan kepadanya adalah hasil dari tunjuk ajar Fauziah dan dia tak akan melupakannya.

View this post on Instagram

Kalau nak jadi orang yang berilmu, kita kena BERGURU.. sekarang tiba giliran Big Boss pula timba ilmu dari GURU saya, Seniwati Hajjah @fauziahnawi . Beliau seorang GURU yang bertauliah.. Seperti ASK 2018, award PELAKON PEMBANTU TERBAIK tetap milik beliau walaupun ramai pelakon-pelakon yang muda dan cantik tapi masih tak boleh tandingi kebolehan beliau.. Saya nak Big Boss jadi seorang pelakon yang cerdik dan berjaya sebagai anak seni. Seorang pelakon VERSATILE.. Nak jadi ARTIS senang sangat zaman sekarang ni tapi nak maintain jadi ARTIS tu yang susah.. Harus jujur dalam kerja dan kena ada ilmu kalau nak berjaya.. Beberapa ANUGERAH yang saya di nobatkan juga adalah hasil dari saya BERGURU dengan Seniwati Hajjah @fauziahnawi ..jadi MANA MUNGKIN saya lupakan GURU saya dan tentunya saya juga nak Big Boss dapat kejayaan yang cemerlang dalam bidang seni.. Terima kasih GURU ku sebab sudi curahkan ilmu pada Big Boss pula.. Love you till jannah 😘😘😘 @ihmian Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #actingclass #actingcoach #guru #actress #actor #terimakasihallah #love #anakibu #syukurselalu

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Jasmin mulai aktif di dunia lakonan sejak tahun 1990 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Sumber : Gempak via Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Setelah Lama Pendam, Akhirnya Jasmin Hamid Dedah Sikap Sebenar Faizal Hussein"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*