Umie Aida Hangin Satu Badan.Ini Kata Kata Umie Aida Bila Ada Yang Sanggup Buat Benda Terkvtuk “Tergamak Buat Begini”

” Labbaika allahumma labbaik, Laa syariika laka labbaik. Innalhamda wan-ni’mata laka wal mulk, laa syariikalak.”

” Selamat mengerjakan haji kepada semua jemaah haji .. semoga kita semua dalam lindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah haji dan mendapat haji mabrur . Aamiin

” SubhanaAllah… debaran excited sudah dirasai..”, tulis Datin Seri Umie Aida di Instagram beliau

View this post on Instagram

'Labbaika allahumma labbaik, Laa syariika laka labbaik. Innalhamda wan-ni'mata laka wal mulk, laa syariikalak." Selamat mengerjakan haji kepada semua jemaah haji .. semoga kita semua dalam lindungan Allah dan diberi kesihatan yang baik untuk mengerjakan ibadah haji dan mendapat haji mabrur . Aamiin SubhanaAllah… debaran excited sudah dirasai. 😍

A post shared by umieaida 🇲🇾 (@umieaida9) on

Dalam pada itu, pelakon popular itu turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib 26 jemaah haji dari Malaysia yang menjadi mangsa ejen pelancongan tidak bertanggungjawab.

Umie berkata dia tidak menyangka pihak berkenaan sanggup melakukan perkara terkutuk itu terhadap mereka yang berniat mengerjakan ibadah tersebut.

” Astagfirullahalazim… tergamak travel agent buat begini pada jemaah yang ingin mengerjakan ibadah haji. Semoga Allah beri hidayah pada mereka.

” Sama-sama kita mendoakan 26 jemaah yang terkandas Allah berikan rezeki tahun depan untuk mengerjakan ibadah haji dan memberi ganjaran atas kesabar melalui ujian ini. Amin,” katanya.

Pelakon filem Dukun ini berkongsi luahan sedih itu menerusi Instastory pada Khamis.

Umie kini berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji buat pertama kali ditemani suaminya iaitu Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Pada Selasa lalu, sekumpulan 26 rakyat Malaysia terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah setelah kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan kemasukan mereka untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Kesemua mereka yang terkandas itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang Rabu.

Kumpulan itu tiba menggunakan penerbangan komersial dari KLIA selepas kemasukan mereka tidak dibenarkan dipercayai akibat masalah teknikal pada visa haji Furada yang mereka peroleh.

Bagaimanapun, pengarah syarikat ejen pelancongan berkenaan telah membuat laporan polis sejurus menerima laporan berita tersebut dan menafikan terbabit dengan sebarang penipuan.

Dalam pada itu, Umie turut memanjatkan doa kepada Allah supaya ibadah haji semua jemaah dipermudahkan.

” Semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan kesabaran pada kita semua jemaah haji dalam mengerjakan ibadah kepada Allah dan kita semua mendapat haji mabrur. Amin,” ujarnya.

Selain Umie, beberapa selebriti tanah air kini turut berada di Tanah Suci Makkah mengerjakan ibadah haji antaranya Erra Fazira, Neelofa, Ashraf Muslim, Wany Hasrita, Amira Othman dan PU Riz.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Sinar Viral

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Umie Aida Hangin Satu Badan.Ini Kata Kata Umie Aida Bila Ada Yang Sanggup Buat Benda Terkvtuk “Tergamak Buat Begini”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*