Dua Hari Tertunda Dan Kini Masalah Visa Selesai, Neelofa ke Mekah Esok Ditemani Insan “Tersayang”

” Mungkin ramai yang belum tahu saya dan jemaah lain tidak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lalu atas masalah visa.

https://www.instagram.com/p/B00gmd0lOpa/?igshid=18xm9ureqrpcm

” Alhamdulillah selepas hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insya-Allah akan ke Makkah esok (Rabu),” kata pengacara, pelakon dan usahawan terkenal Neelofa.

Menurut pemilik nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor, 30, menerusi perkongsian di Instagram Storiesnya hari ini, dia bersyukur kerana ramai yang sudi membantu dengan penuh keikhlasan untuk menyelesaikan masalah visa terbabit.

” Saya tidak pasti jika pihak terbabit memberi kebenaran untuk saya sebut satu persatu.

“ Menerusi bantuan pihak mereka, Allah SWT permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi,” katanya.

Neelofa menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah bersama ibu dan dua adik lelaki yang juga mahramnya.

Dalam laporan sebelum ini, Neelofa dijadualkan berangkat ke Makkah pada 4 Ogos tetapi ditunda kerana masalah visa.

Bulan lalu Neelofa pernah mendedahkan tentang hasrat beliau untuk menunaikan haji buat kali kedua dan sekiranya diizinkan mahu melakukannya setiap tahun.

“ Memang saya merancang nak menunaikan haji pada 4 Ogos ini, tapi proses mendapatkan visa masih belum lengkap lagi. Saya minta semua doakan supaya semuanya dipermudahkan dan boleh pergi sekali lagi bersama keluarga”

“ Dari segi persiapan, saya baca banyak buku. Ustaz pun ada datang ke rumah untuk memberi penerangan kepada adik yang tak pernah pergi lagi. Kali ini saya berasa teruja sebab banyak masa dari segi nak buat persiapan sendiri”

“ Memandangkan saya pernah ada pengalaman menunaikan haji sebelum ini, untuk pergi sekali lagi saya sudah tahu nak buat apa. Tidak sabar untuk merasa perasaan yang Allah bagi dan tak sabar untuk cari lagi pengalaman baru”

Menurut Neelofa, beliau sangat rindukan perasaan ke tanah suci sekali lagi selepas kali pertama menunaikan haji pada 2016. Dalam masa sama, Neelofa bersyukur dapat menunaikan haji pada kali ini selepas tertangguh sebelum ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

Sumber: hmetro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Dua Hari Tertunda Dan Kini Masalah Visa Selesai, Neelofa ke Mekah Esok Ditemani Insan “Tersayang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*