“Tak Pernah Dalam Sejarah Hidup Pakai Duit Laki!” – Syifa Melvin Elak Jadi Kaki Kikis

Pelakon Syifa Melvin menyatakan pendirian untuk tidak berharap pada sumber kewangan pasangan jika ingin memiliki sesuatu barangan yang diinginkan.

Malah, bagi Syifa dia perlu berusaha dengan gigih seandainya mahukan sesuatu yang dihajati.

“Kepuasan apabila dapat membeli semua benda sendiri tanpa perlu meminta pada orang lain. Belilah barang yang anda mahu daripada titik peluh sendiri.

“Aku ada satu perangai bila partner aku macam mampu untuk beli sesuatu yang mahal, aku pun nak beli juga tapi guna duit sendiri.

“Sebab daripada situ baru kau rasa tercabar dan rasa semangat nak bekerja keras.

“Tak pernah dalam sejarah hidup aku hidup pakai duit lelaki. Saya bukan macam tu!

“Lambat lagi nak jadi kaki kikis!” tulisnya menerusi akaun Twitternya baru-baru ini.

https://twitter.com/syifamelvin/status/1158215868444078081?s=21

Status itu dipersetujui peminat serta rakan selebriti seperti Lia Natalia.

“Betul! Tak payah nak pakai duit lelaki untuk beli apa yang kita nak dan kita bukan perempuan yang dibela-bela.

“Maaf biar susah nak cari duit yang halal tu tapi yang penting usaha kita sendiri,” tegasnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "“Tak Pernah Dalam Sejarah Hidup Pakai Duit Laki!” – Syifa Melvin Elak Jadi Kaki Kikis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*