“Siapa Maid Siapa Majikan ” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pembantu Rumah Sharifah Shahirah Karaoke

Selebriti popular, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera berkongsi sepotong video menunjukkan pembantu rumahnya menyanyi karaoke di rumah.

Video itu dimuat naik menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam video tersebut, pembantu rumah Shiera menyanyikan lagu Cindai yang telah dipopularkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Kalau lari lagi maid baru ni, aku suruh polis tangkap, cakap kat dia orang Medan dok menyanyi Datuk Siti saja kat sana kalau ada pesta,” seloroh Shiera di ruangan kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat pembantu rumah Shiera itu.

“Sekarang ni siapa majikan siapa maid.

“Hebat pembantu rumah sekarang.

“Patutlah pembantu rumah lari, majikan terlalu baik,” tulis netizen.

View this post on Instagram

Kalau lari lagi maid baru ni Aku suh polis tangkap naynyi kat Dia cakap org medan dok nyanyi dato siti je kat sana kalau ada pesta

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy) on

Sedikit info mengenai Sheira, selebriti versatil ini mendirikan rumah tangga bersama suaminya Ijoy Azhari dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airell, 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

Sebelum itu, Shiera pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Black Dog Bone iaitu Jatt, hasil perkahwinan itu, Shiera telah memiliki seorang anak perempuan iaitu Allisya Tahir.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Siapa Maid Siapa Majikan ” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Pembantu Rumah Sharifah Shahirah Karaoke"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*