“Ini Yang Terjadi Apabila Nabil Ahmad Baca Berita Komuniti Awani.” Dah Macam Nampak Jelmaan Tok Ram Kat Depan Prompter. Serius Kelakar

Nama pelawak, pengacara dan pelakon Nabil Ahmad atau pemilik nama sebenar Ahmad Nabil bin Ahmad ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Nabil adalah antara selebriti yang mula daripada bawah dan namanya semakin naik dan terus menyinar dalam bidang hiburan dari sehari ke sehari.

Ramai sedia maklum, Nabil sudah berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 2011 dan pasangan ini telah dikurniakan 3 orang anak perempuan yang diberi nama Nayla Mikayla, Leyla Medina dan Mishall Imani. Nabil memulakan karier seninya sejak memasuki rancangan realiti lawak popular terbitan Astro iaitu Raja Lawak pada musim yang kedua.

Walaupun kadang kala aksi, gelagat dan lawak jenaka Nabil mendapat kec4man hebat daripada netizen, tetapi itu tidak sama sekali memat4hkan semangatnya untuk terus berkarya dan menghiburkan orang ramai. Malah Nabil tetap menerima banyak tawaran daripada pelbagai pihak.

Menerusi akaun Instagram Astro Awani 501, sedikit rakaman video Nabil sedang membaca berita untuk slot Komuniti Awani dikongsikan. Walaupun video ini pendek dan berdurasi kurang daripada 1 minit, tetapi tetap kelakar dan mencuit hati.

Lebih-lebih lagi apabila nama pengarah muzik, Datuk Ramli MS atau mesra dengan panggilan Tok Ram tiba-tiba disebut oleh Nabil ketika membacakan berita itu, sampai tertukar-tukar skrip dibuatnya. Mesti tersedak Tok Ram dibuatnya. Tak habis dekat Geg4r Vaganza, dekat Komuniti Awani pun masih menyakat Tok Ram. Alahai serius kelakar !!

Jom tonton video di bawah :

” Ini yang terjadi apabila @nabilzira baca #KomunitiAWANI. Dia macam nampak jelma4n @tokram_ramlims kat depan prompter ! “

” Habis tertukar skrip berita dia ! Nantikan penampilan beliau minggu ini… “

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Nabil yang sangat mencuit hati. Antara komen-komen netizen :

” Tak pasal-pasal tok ram jugak jadi mangs4.. “

” Hahahahah serius kelakar lah Nabil ni.. “

” Aduhai.. kesian Tok Ram nama kena petik.. “

” Aduuuuiii Nabil ni, tak pernah tak kelakar… “

” Tu lah ingat baca berita tu senang ke ? Hahahahaha.. “

Alahai Nabil ni, tak pernah tak kelakar. Baca berita pun, sempat lagi melawak. memang tak kering gusi orang di sekelilingnya. Ada sahaja idea nak buat orang ketawa dan gelak sakan. Tak sabar nak tengok Nabil baca berita penuh minggu ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "“Ini Yang Terjadi Apabila Nabil Ahmad Baca Berita Komuniti Awani.” Dah Macam Nampak Jelmaan Tok Ram Kat Depan Prompter. Serius Kelakar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*