72 jam berlalu, Ini kenyataan padu Menteri KDN Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kehilangan Nora Anne Quoirin

NILAI: Setelah 72 jam berlalu dalam operasi mencari dan menyelamat (S4R) sejak Ahad lepas, pasukan peny3elamat masih belum menemui Nora Anne Quoirin, 15, remaja perempuan warga Ireland yang hilang.Skop pencarian dan operasi yang memasuki hari keempat hari ini, diperhebat dan diperluaskan meliputi kawasan bukit dan anak sungai berdekatan dan tidak hanya terhad di kawasan sekitar resort penginapannya seluas empat hektar itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jen4yah Bukit Aman, Datuk Salehhudin Abd Rahman ketika ditemui Bernama menjelaskan bahawa usaha mencari remaja perempuan warga Ireland itu bukanlah tugas yang mudahKatanya, untuk segera menemui gadis berkenaan, operasi yang bersambung hari ini bukan sahaja hanya dijalankan pasukan penyelamat negara, bahkan ia turut dibantu oleh penduduk tempatan termasuk Orang Asli yang menawarkan diri.

“Ada lagi pelbagai pihak lain yang sudi memberi kerjasama yang baik kepada kita,” katanya di sini.

Sehingga semalam, kekuatan pasukan penyelamat bagi misi pencarian berkenaan adalah seramai 178 anggota, dan menurut Salehudin ianya mencukupi buat ketika ini dan tidak menolak kemungkinan akan menambah jumlah kekuatan sekiranya diperlukan.

“Bagaimanapun, kita tengok sehari dua lagi bagaimana,” katanya.

Agensi keselamatan yang terlibat dalam S4R antaranya polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 Semenyih, PGA Batalion 3 unit Senoi Praaq, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan negeri, petugas Sapura serta penduduk tempatan, termasuk Orang Asli.Dalam pada itu, beliau menggesa semua pihak tidak membuat sebarang spekul4si berkaitan kehilangan remaja berkenaan yang menurutnya boleh menimbulkan kegelis4han dalam kalangan anggota keluarga dan masyarakat.

Dalam operasi pencarian malam tadi yang berjalan dalam keadaan cuaca baik, tiada perkembangan terbaharu mengenai remaja berkenaan diperoleh setakat ini.Tinjauan Bernama juga turut mendapati laluan masuk menghala ke resort The Dusun Pantai Hill, di sini dikawal ketat oleh anggota keselamatan dan petugas media juga tidak dibenarkan berada di kawasan itu memandangkan keadaannya yang gelap, selain berba@haya.

Gadis Ireland yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama ibu bapanya dari London pada Sabtu untuk percutian dua minggu, sebelum Nora Anne dilaporkan hilang, Ahad lepas.Remaja berkenaan disedari hil4ng dari bilik penginapannya di sebuah resort di sini oleh keluarganya pada pukul 8 pagi.

Berikut kron0logi kehilangan remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin, 15, di sebuah resort di Seremban, Negeri Sembilan:

3 Ogos 2019 – Nora Anne Quoirin, 15, remaja Ireland tiba di Resort The Dusun Pantai Hill, Seremban, Negeri Sembilan bersama keluarganya untuk bercuti.

4 Ogos 2019 – Remaja perempuan yang mempunyai masalah pembelajaran itu disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tiada di bilik penginapannya pukul 8 pagi.

4 Ogos 2019 – Polis menerima maklumat kehilangan mangsa daripada pemilik resort selepas dimaklumkan oleh seorang ahli keluarga remaja Ireland itu.

4 Ogos 2019 – Polis melakukan misi pencarian membabitkan bomba dan anggota polis dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

5 Ogos 2019 – Pihak berkuasa termasuk polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mengawal ketat kawasan Resort The Dusun Pantai Hill, lokasi Nora Anne dilapor hilang.

5 Ogos 2019 – Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) Nora Anne.5 Ogos 2019 – Operasi SAR melalui udara dibuat di kawasan Gunung Berembun serta meliputi pesisiran Sungai Berembun.

5 Ogos 2019 – Platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras turut dikerah dalam operasi SAR remaja perempuan itu.

5 Ogos 2019 – Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop menafikan kehilangan Nora Anne sebagai kes penculikan seperti dilaporkan media asing. Kes diklasifikasi sebagai orang hilang.

6 Ogos 2019 – Operasi SAR masuk hari ketiga, diteruskan dengan kekuatan 159 anggota dari pelbagai agensi keselamatan.

Respond Tan Sri Muhyiddin Yassin

6 Ogos 2019 – Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi sendiri mengenai kehilangan Nora Anne.

p/s: Semoga kehilangan ‘misteri’ Nora Anne ini menjumpai jalan penyelesaian

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Tubeviral

Be the first to comment on "72 jam berlalu, Ini kenyataan padu Menteri KDN Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kehilangan Nora Anne Quoirin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*