Ramai Tidak Mengetahui Latar Belakang Rihana Oksana.Dia Terbuka Mendedahkan Beberapa Perkara Dan Ini Yang Telah Dia “Cipta” Sendiri.

SHAH ALAM – Jika beberapa hari lepas, Isteri Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Rihana Oksana Petra menceritakan detik indah dilamar Sultan Muhammad V, semalam Oksana berkongsikan maklumat berkaitan dirinya dalam laman Instagram beliau

Mungkin menyedari masih ramai tidak mengetahui latar belakang beliau, Oksana terbuka mendedahkan beberapa perkara tentang dirinya termasuk memaklumkan hari lahirnya pada 10 Julai 1992.

Menurutnya, beliau dilahirkan di Astrakhan, Russia dan membesar serta bersekolah di Taganrog dalam daerah Rostov-on-don sebelum beliau pergi ke ‘Summer School’ di Universiti Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris.

“Pada 2009 saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di Plekhanov Russian University of Economics. Saya mendapat Ijazah Sarjana Muda ekonomi pada tahun 2013. Pada tahun 2015, saya memenangi pertandingan Miss Moscow.

“Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri. Pada masa sama, saya belajar di Moscow School of Radio and Television.

Pada tahun 2016, saya telah dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan,” tulis beliau dalam laman sosialnya.

Tambah Oksana, beliau juga merupakan pakar dalam pemasaran antarabangsa dan pada tahun 2016 juga, beliau membuka salon kecantikan di Moscow.

“Pada tahun 2017 saya berpindah ke Kuala Lumpur. Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon, Tengku Mahkota Kelantan,katanya.

Oksana agak aktif dalam media sosial baru-baru dan beberapa hari lepas, beliau menceritakan lamaran Sultan Muhammad V dalam perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya.

Oksana tidak akan melupakan malam yang amat romantis apabila Sultan Muhammad V meluahkan perasaannya.

View this post on Instagram

Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkan dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya … untuk diteruskan For many people, the story of our first meeting with my husband remains to be a mystery. We met in spring 2017 in Europe. At that time I cooperated with our common friend jeweler Jacob Arabo. After the event, we went for dinner, where I met a man, and he introduced himself as king of Malaysia. I took it as a joke and joked back that I was also the queen of Moscow. We talked all evening and exchanged phone numbers. Soon there were news appeared about the appointment of the king, who was my new friend… to be continued Для многих людей остаётся загадкой история нашего знакомства с мужем. Это случилось в Европе, весной 2017 года. На тот момент я сотрудничала с нашим общим знакомым ювелиром Джейкобом Арабо. После мероприятия мы отправились на ужин, где я познакомилась с мужчиной, и он представился королем Малайзии. Я восприняла это как шутку и пошутила в ответ, что я тоже королева Москвы. Мы проговорили весь вечер и обменялись номерами телефонов. Вскоре в прессе появились новости о назначении короля, которым и был мой новый знакомый… продолжение следует

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

“Beliau memberitahu yang dia telah jatuh cinta kepada saya pada kali pertama kami bertemu.

“Dia juga memberitahu yang dia amat menyenangi dengan saya dan ingin saya menjadi suri hatinya. Maka, itulah permulaan cerita cinta kami.

Malaysia adalah tanah tumpah anak saya dan dengan adanya anak ini, saya tahu saya telah membuat pilihan yang amat tepat. Alhamdulillah,” katanya.

View this post on Instagram

Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami telah berubah sejak anak comel ini dianugerahkan kepada kami suami-isteri dan membawa bersamanya kasih sayang dan cinta. Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan adalah penting dalam kehidupan kita semua. Oleh itu, diharap kita sama-sama menjaga keluarga kita dan juga satu sama lain. Dan semoga kita dan ahli keluarga kita terus sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah swt. Dear Followers! Thank you for your warm kind comments. I am very pleased to read your congrats. Our life has changed since this little cute bunny came to our world. He came here to be give love and to be loved. When one person starts to take care of another one more than about himself, love turns into a family. Family and children are the most important things in this life. Take care of each other. Дорогие подписчики! Спасибо за ваши тёплые слова. Мне очень приятно читать ваши поздравления. Наша жизнь изменилась с появлением этого маленького человечка, который пришёл в этот мир дарить любовь и быть любимым. Когда каждый начинает заботиться о другом больше, чем о самом себе, любовь перерастает в семью. Семья и дети – это смысл жизни. Берегите друг друга.

A post shared by Rihana Oksana Petra (@rihanapetra) on

Sumber: Sinar

Be the first to comment on "Ramai Tidak Mengetahui Latar Belakang Rihana Oksana.Dia Terbuka Mendedahkan Beberapa Perkara Dan Ini Yang Telah Dia “Cipta” Sendiri."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*