7 Artis Popular Malaysia Ini Jalani Ibadah Haji 2019. Doa Dan Harapan Artis No.7 Paling Tak Sangka

Tahun ini beberapa artis Malaysia telah mendapat kesempatan untuk melakukan ibadah haji. Menerusi Instagram, selebriti tersebut berkongsi pengalaman sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ada yang pergi bersama dengan suami dan keluarga, namun ada juga yang melaksanakan salah satu rukun Islam tersebut secara berseorangan. Berikut beberapa selebriti yang berkesempatan menunaikan ibadah haji tahun ini.

Erra Fazira Mengerjakan Haji di Mekah Secara Solo

Pelakon dan penyanyi popular Erra Fazira buat pertama kalinya dia akan mengerjakan haji di Mekah pada tahun ini secara solo atau berseorangan tanpa mahram. Memetik dari laporan Harian Metro, Erra berkata dia membuat persiapan dengan melantik seorang Ustaz untuk memberikan tunjuk ajar dan berkongsi gambaran mengenai selok-belok ibadah haji

Datin Shahida Berbadan Dua Mengerjakan Haji

View this post on Instagram

" لبيك اللهم لبيك .. لبيك لا شريك لك لبيك .. إن الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah Aku memenuhi panggilanMu Ya Allah . Alhamdulillah ….tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah…..tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim❤️.yg temankan saya sepanjang berada di sana . Dulu tahun 2016 saya pergi pertama kali banyak pengalaman yg saya dapat hingga membuatkan saya berkobar2 tanamkan niat untuk sekali lagi menunaikan haji …Alhamdulillah tahun ni rezeki Allah makbulkan bersama anak di dalam kandungan saya ni….doakan saya dan bayi dlm kandungan diberi kesihatan yg baik bagi mengerjakan ibadah haji tahun ni mudahan dikurniakan haji mabrur…terima kasih suami beri saya izin walaupun agak berat sebab saya tgh hamil….terima kasih sudi bg peluang pada saya dan jagakan anak2…jujur benda paling berat ialah tinggalkan anak2 terutama yusoff yg masih kecil….Tapi saya yakin Insya Allah anak2 saya dlm perlindungan yg Maha Esa…kepada semua sahabat samada yg mengenali saya secara peribadi atau di media sosial saya memohon kemaafan jika ada terguris rasa atau terkasar yg membuatkan anda tersinggung.

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Datin Seri Shahida, isteri kepada usahawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri, antara yang terpilih untuk dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ini.

Meskipun sedang hamil, Shahida tetap nekad terus menyahut panggilan Allah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Shahida menzahirkan rasa syukur diberi peluang kali kedua menunaikan haji dan walaupun keputusan agak berat kerana sedang hamil, dia berterima kasih kepada suami yang tetap memberi keizinan.

“Alhamdulillah ….tahun ni rezeki saya dijemput lagi mengerjakan haji menjadi tetamu Allah di Bumi Mekah…..tidak keseorangan bersama anak saya yg masih di alam rahim❤️.yg temankan saya sepanjang berada di sana”

Aris Ariwatan Menunaikan ibadat haji bersama isteri

Penyanyi veteran yang popular dengan lagu Lamunan Terhenti, Aris Ariwatan menunaikan ibadat haji bersama isteri pertama, Maria M Nur pada tahun ini. Memetik dari BH Online,  Aris mengharapkan doa dari peminatnya supaya perjalanan ibadat haji dengan isteri berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Ashraf Muslim Berseorangan Tanpa ditemani ahli keluarganya

View this post on Instagram

Bismillahirrahmanirrahim… Saya Mohd Ashraf bin Muslim.. hari ini telah dipanggil oleh Allah swt utk menyahut seruannya bg menjalankan tanggungjawab Rukun Islam yang ke-5. Alhamdulillah dan terima kasih Allah. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon maaf kepada ahli keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan yang mengenal diri saya dan halalkan makan minum saya. Tepat jam 9 pagi ini bermulalah pengembaraan saya ke tanah suci selama 40 hari meninggalkan ahli keluarga dan sahabat-sahabat serta harta benda sementara waktu utk menjalankan tanggunjawab yg paling agung. Doakan saya supaya dapat haji yg mabrur dan memberi kesihatan yg cukup disana. Dan doakan juga isteri-isteri dan anak-anak serta harta benda saya sentiasa dilindungi oleh Allah swt.. Saya amat berterima kasih kepada ayahandaku Muslim dan arwah bondaku Farilah bt Azil kerana kesungguhan mereka serta keizinan Allah swt saya dapat menunaikan haji. Sedih, hiba dan rindu semua ada waktu ini hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi ini lah dinamakan pengorbanan bukan aku sahaja perlu lakukan malah org sekeliling yg menyayangiku. Terima kasih, wahai isteri-isteriku Dayana dan Sakinah..Anak-anakku Sarah , Adam,Anas  dan Safiyyah kerana sentiasa memahami ku sebagai seorang ayah, teman baik, teman utk dimarah, teman utk mengadu, teman utk bermain-main, teman berkasih sayang, teman utk ber'spiderman', teman utk bersilat, teman utk main tembak2, teman utk makan, teman bergosip, teman utk main rumah2 dan masak2, teman utk tidur dan teman utk segala-segalanya. Maafkan ayah sayang-sayangku. Ayah pergi sekejap jer. Kita jumpa nanti yer.. jgn sedih dan risau… love you all so much @ashrafslegacy . . #Labaiqallahummalabaik #HadirkuSebagaiDhuyufurrahman #salamsayangsampaikesyurga

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 2 Ogos yang lalu  berseorangan tanpa ditemani mana-mana ahli keluarganya. Menerusi salah satu posting nya di Instagram, Lebih Ashraf turut memberi pesanan kepada kedua-dua isterinya, Dayana dan Sakinah serta empat orang anaknya agar jangan bimbang dan bersedih dengan pemergiannya ke Mekah.

Wany Hasrita Dapat Jemputan Kerajaan Arab Saudi

Siapa sangka pada usianya yang masih muda, penyanyi jelita  Wany Hasrita juga akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima. Memetik dari Utusan Online, Wani mendapat peluang berharga ini dari jemputan istimewa oleh kerajaan Arab Saudi sendiri.

Amira Othman Menemani Wany Hasrita

Penyanyi dan kini berjinak-jinak dalam dunia lakonan, Amira Othman juga akan berangkat ke Tanah Suci bersama Wany Hasrita untuk mengerjakan haji.

Neelofa Mengerjakan Haji Buat Kali Ke-2

Pengacara Neelofa mengumumkan bakal mengerjakan umrah buat kali kedua pada tahun ini. Neelofa akui beliau mempunyai niat untuk berdoa agar cepat bertemu jodoh ketika berada di Mekah nanti kerana ia adalah peluang keemasan untuk memohon apa sahaja di depan Kaabah nanti. Haji kedua ini nanti turut disertai dua orang adik lelaki dan ibunya.

Sumber: Hangat

Be the first to comment on "7 Artis Popular Malaysia Ini Jalani Ibadah Haji 2019. Doa Dan Harapan Artis No.7 Paling Tak Sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*