“Bersyukur Dengan Petunjuk Yang Allah Berikan Itu,” – Luahan Aishah Azman Sejurus Putus Tunang Dengan Syafie Naswip

Pelakon Syafie Naswip mengakui ikatan pertunangannya dengan Aishah Azman telah pun putus di tengah jalan.Bintang filem S0nglap ini juga mengesahkan ikatan yang hanya bertahan tiga bulan itu bagaimanapun bukan putus disebabkan orang ketiga.

Bagaimanapun, Aishah seperti yang dipetik mStar pula mempunyai jawapan tersendiri.Aishah menjelaskan dia memerlukan masa untuk bersendiri selepas ikatan pertunangan dengan Syafie Naswip terlerai.

“Buat masa ini saya perlukan masa untuk bersendirian. Saya sangat bersyukur dengan petunjuk yang Allah berikan itu.

“Soal cinta ini saya ketepikan dahulu sebab sekarang ini saya akan teruskan memberi tumpuan sepenuhnya pada karier seni saya sahaja,”katanya seperti yang dipetik.

Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika Azman Shah ini juga berharap peminat mendoakan yang terbaik untuk kehidupan peribadi dan kerjayanya.

“Doakan yang terbaik untuk kehidupan saya akan datang untuk lebih ke hadapan dan berjaya dalam kerjaya saya,” pinta Aishah.

View this post on Instagram

Terima kasih pinjamkan senyuman awak untuk saya, Selamat Pagi 💖 #BukanCintaAku #TV3 #SlotAkasia

A post shared by Aishah Azman (@aishahazman8) on

Pada Selasa lalu, Syafie mendedahkan ikatan pertunangan dengan Aishah sudah terlerai.Syafie juga memberitahu keputusan berat itu dibuat bukan berpunca daripada orang ketiga atau masalah keluarga namun ia atas persetujuan bersama.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras, 7 April lalu.

Spekvlasi mengenai hubungan Syafie dan adik kepada pelakon Afiq Muiz itu mula diperkatakan apabila mereka memadam foto bersama, selain sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.Syafie dan Aishah mengenali satu sama lain sejak 2015 dan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Instagram Aishah Azman via MH

Be the first to comment on "“Bersyukur Dengan Petunjuk Yang Allah Berikan Itu,” – Luahan Aishah Azman Sejurus Putus Tunang Dengan Syafie Naswip"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*