Ibu Zulfarhan Kongsikan Ini Sahaja ‘Barang’ Yang Dia Slalu Pegang Untuk Pengubat Rindu Sejak Anaknya Sudah Tiada

LEGA dan syukur kepada Allah. Itulah perasaan ahli keluarga Allahy4rham Zulfarhan Osman Zulkarnain selepas mahkamah memerintahkan 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk membela diri dalam kes kem4tian melibatkan anak sulung daripada empat beradik itu dua tahun lalu.Zulhelmie Idros, adik kepada Allahy4rham Zulfarhan mengakui mereka sekeluarga berdebar-debar sebelum perbicaraan bermula pada Rabu, tetapi sememangnya mengharapkan keputusan sebegitu.

“Sebelum perbicaraan kami berdebar-debar juga takut keputusan perubahan tapi Alhamdulillah memang lega betul sebab kami memang berharap keputusan macam tu.

“Bila mereka berani buat begitu dekat arw4h abang jadi mereka kena berani tanggung akibatnya. Kami berpuas hati dengan keputusan itu,” katanya ketika dihubungi mStar.Jelas anak kedua daripada empat beradik itu, keputusan tersebut dianggap sebagai keadilan buat mereka sekeluarga.

Gambar percutian terakhir Zulfarhan bersama keluarganya semasa berkunjung ke A Famosa, Melaka.

“Rasa geram sebab ibu bapa mereka yang bersalah masih dapat jumpa anak mereka. Tapi kami kalau rindu Along pun tak boleh buat apa. Arw4h pun dah tak ada.“Tipu kalau tak marah tapi negara kita ada undang-undang. Rasa dendam… marah tu kita simpan jelah. Biarlah mahkamah yang tentukan dan ternyata keputusan berpihak kepada kami sekeluarga,” katanya.Walaupun sudah dua tahun berlalu, Zulhelmie berkongsi cerita mengenai sapu tangan yang menjadi pengubat rindu ibunya, Hawa Osman, 56, yang masih lagi bersedih dengan pemergian abangnya itu.

“Apa yang ada kat mak sekarang sapu tangan Along je lah. Kalau rindu-rindu mak pegang… mak bau. Macam dalam mahkamah tadi pun (Rabu) mak pegang je sapu tangan tu.

“Mak tak pernah basuh sebab bau arw4h ada lagi. Sapu tangan tu mak jumpa dalam poket seluar Along masa tengah kemas barang peribadi dia. Itulah pengubat rindu dia kat arw4h,” katanya.

Malah Zulhelmie berkata ibunya juga akan mendengar pesanan suara yang pernah ditinggalkan arw4h abangnya itu berulang kali di telefon bimbit sebelum tidur.

“Dekat Telegram ada voicenote masa arw4h masih hidup jadi mak dengar balik je lah. Saya sebagai adik bila mak dengar malam-malam pun sedih juga.

“Saya pun ada cakap kat mak untuk perlahan-lahan terima Along dah tak ada, Alhamdulillah mak dah ok sikit tapi kadang-kadang kalau dia rindu sangat tu dia akan dengar juga suara abang. Yalah rindu seorang ibu dekat anak dia,” katanya.Mengimbau kisah pemergian Zulfarhan, pemuda berusia 21 tahun itu berkata mereka pada awalnya tidak percaya mang sa yang maut adalah abang sulungnya.

“Ayah dapat panggilan pegawai pukul 11 malam beritahu abang dah tak ada. Kebetulan waktu tu saya cuti ada dekat rumah. Ayah tanya nombor IC dan nombor badan sebab ingatkan salah orang. Kami pun tak tahu sebab tak tengok lagi jen4zah waktu tu.“Dalam pukul 12.30 malam satu family terus pergi ke Hospital Serdang. Mak ayah buat pengecaman dan saya tengok jen4zah masa post m00rtem. Masa tengok badan dia rasa takut dan terkejut sebab kecederaan memang teruk cuma muka, tangan dan kaki dia je ok.

“Bagi saya cara mereka tu memang kejam. Kalau ikutkan pemikiran waras pun takkan buat macam tu. Sampai hati mereka gunakan kekerasan walaupun abang dah mengaku dia tak buat apa yang mereka dakwa. Saya kagum sebab abang tetap pertahankan maruah dia sehingga akhir hayatnya,” kata Zulhelmie.

Hawa menunjukkan baju berwarna kelabu yang sepatutnya digunakan Zulfarhan untuk Aidilfitri dua tahun lalu.

Akui Zulhelmie dia juga masih merindui gelagat abang sulungnya itu yang disifatkan sebagai seorang yang tegas dan berdisiplin.“Kami rapat cuma lepas dia masuk kem sambung belajar kami jarang jumpa. Dulu saya belajar dekat Shah Alam, arw4h di Sungai Besi… kadang kalau saya outing hari Ahad dia ajak jumpa.

“Sekarang pun kalau tidur dalam bilik tu rindulah juga dekat dia. Dulu satu katil ada juga orang sebelah nak bergaduh tapi sekarang bila tidur je terbayang dia ada lagi.

“Arw4h Along ni dia penyayang tapi tegas. Kalau kita lambat solat masa tu tengah main game memang dia akan marah. Terasa rindu juga nak kena marah dengan dia tapi semua tu hanya tinggal kenangan,” katanya.Sementara itu, adik ketiga Zulfarhan, Zulfaiqah Lyana turut berterima kasih di atas keprihatinan orang ramai yang sentiasa mendoakan agar keadilan berpihak kepada arw4h abangnya.

“Saya tak minta banyak cuma nak keadilan untuk arw4h abang. An eye for an eye, a tooth for a tooth. Insya-Allah berkat doa semua orang kami boleh menang. Akhirnya kita akan tahu siapa yang salah di sini,” katanya dalam nada sebak.

Dalam postingnya di Twitter, Zulfaiqah berkata sekiranya abangnya ditakdirkan hidup sekali pun dia mungkin lum puh seluruh badan akibat insid3n itu.“Dia mungkin lumpuh seluruh badan sebab kebanyakan saraf dah m4ti. Walaupun saya berharap dia masih hidup, saya tidak mahu melihat dia ters3ksa. Insya-Allah dia di tempat yang lebih baik sekarang,” katanya.Pada prosiding itu, Hakim Datuk Azman Abdullah memerintahkan 18 penuntut UPNM itu untuk membela diri selepas mendapati pihak pendakw4an berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakw4an .

Antara svspek utama kes kem4tian Zulfarhan.

Dalam keputusannya, Azman memerintahkan lima tertuduh, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri membela diri atas pertuduhan membu-nuh Zulfarhan Osman, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali juga diperintah membela diri atas pertuduhan bersub4hat membu-nvh mang sa.Kesemua tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu di bilik 04-10, blok penginapan asrama Jebat, UPNM antara pukul 4.45 pagi dan 5.45 pagi, 22 Mei 2017.Pertuduhan terhadap mereka, yang dibuat mengikut Seksyen 302 dan 109 Kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukum4n m4ti mand4tori, jika sabit kesalahan.

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Ibu Zulfarhan Kongsikan Ini Sahaja ‘Barang’ Yang Dia Slalu Pegang Untuk Pengubat Rindu Sejak Anaknya Sudah Tiada"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*