Tungku Hassanal ‘Wish’ Selamat Hari Lahir Untuk Bondanya Di IG,Tapi Komen Netizen Ini Memang Sangat ‘Win’

RAJA Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyambut hari ulang tahunnya ke-59 pada Isnin.

Permaisuri kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.

Anakanda Tunku Azizah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah antara yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada bondanya.

“Long live the Queen, Happy Birthday to our Mother of Malaysia! (Semoga dipanjangkan usia Permaisuri, Selamat Hari Ulang Tahun kepada Ibu Malaysia!),” menurut postingnya di akaun Instagram miliknya, @this.7 pada Isnin.

Rakyat jelata turut tidak putus-putus memberikan ucapan, termasuk di ruang komen bagi posting Tengku Hassanal.

Antara komen yang menjadi perhatian apabila ada antara netizen menggelarkan Tunku Azizah sebagai mama, yang merupakan panggilan ibu atau bonda.

“Happy birthday (Selamat hari ulang tahun) mama,” tulis seorang netizen memberikan ucapan.

Ucapan tersebut dibalas oleh netizen yang menyifatkan tahap keyakinannya terlalu tinggi kerana memanggil Permaisuri Agong dengan panggilan mama.

“Hahaha bagus confident level (tahap keyakinan) sangat,” kata seorang netizen.

“Pandai makan durian tak? Confident level sangat,” tanya netizen lain.

Gadis itu kemudian menjawab: “Jangankan durian, pokok durian semua saya sanggup makan untuk @this.7 (Tengku Hassanal).”

“Awak punya confident level tinggi sangat sampai terkubur harapan saya hmm,” balas netizen berhubung kenyataan gadis itu.

Sebelum ini Tunku Azizah memberitahu sesiapa yang mahu menjadi isteri Tengku Hassanal perlu memahami minat dan sentiasa menjaga penampilan anaknya itu.

“Siapa nak jadi isteri dia kena pandai makan durian, makan gulai tempoyak kena siap baju dari kepala sampai kaki.

“Kena siap semua sekali pasal dia sama macam ayah dia. Tengku Hassanal macam tu lah,” katanya sambil memberitahu anaknya itu juga menikmati durian menggunakan camca dan garfu.

Selain mama, segelintir netizen turut memberi ucapan hari kelahiran dengan ungkapan Ma, yang juga panggilan ringkas buat seorang ibu.

“Happy birthday Ma (Selamat hari lahir Ma),” tulis seorang netizen.

“Happy birthday mother in law (Selamat hari lahir ibu mentua),” ujar netizen lain dengan nada bergurau.

KOMEN NETIZEN YANG MENCUIT HATI

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Tungku Hassanal ‘Wish’ Selamat Hari Lahir Untuk Bondanya Di IG,Tapi Komen Netizen Ini Memang Sangat ‘Win’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*