Abang GrabFood pemurah, tengah cari rezeki sempat hulur duit pada kanak-kanak

TIDAK dapat dinafikan bekerja sebagai penghantar makanan menerusi aplikasi tempahan seperti Grabfood sedikit sebanyak dapat membantu menampung perbelanjaan hidup.Ada yang memilih untuk bekerja separuh masa, tidak kurang juga yang sanggup berhenti kerja hakiki dan bergantung sepenuhnya kepada perkhidmatan tersebut.

Walaupun pendapatan yang diraih hanya cukup-cukup makan sahaja, ia tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk membuat kebaikan bagi membantu orang yang memerlukan.Itulah yang dilakukan seorang penghantar makanan Grabfood yang sempat menghulurkan kepingan wang kertas kepada seorang kanak-kanak lelaki dan tindakannya sempat dirakam oleh pengguna Facebook, Nosin Avil Met.

“Brother Grab Food ni bagi sedikit duit utk budak2 yg tidak tahu dari mana. Walapun brother ni cuma buat Grab Food (part time/full time).

“…dan mungkin hasil dari pekerjaan beliau tidak seberapa, tapi tetap dia hulur sedikit untuk budak2 tersebut,” tulis Nosin di Facebook miliknya.

Menurut Nosin, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli belah di Kuching, Sarawak.Menerusi gambar yang dikongsinya itu, dapat dilihat pemuda Grabfood itu bertanyakan sesuatu kepada kanak-kanak berkenaan sebelum menghulurkan wang kepadanya.Selepas menerima wang tersebut, kanak-kanak itu terus meluru ke arah dua lagi rakannya yang kelihatan seolah-olah sedang kelaparan.

Berikutan itu, netizen memuji tindakan pemuda tersebut dan berdoa agar dia sentiasa dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala  urusan.Sehingga kini, posting dari Nosin telah mendapat mendapat ratusan perkongsian dan lebih 1,400 tanda suka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:

Be the first to comment on "Abang GrabFood pemurah, tengah cari rezeki sempat hulur duit pada kanak-kanak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*