“Wow! Dah Nak Dekat Ni” – Kongsi Gambar Pre-Wedding, Peminat Tak Sabar Menantikan Majlis Sufie Rashid

Penyanyi Sufie Rashid bakal menamatkan zaman bujangnya dengan tunang, Nurulain Md Yusof pada 21 September ini.Menerusi entri di Instagram (IG), Sufie dan Nurulain telah berkongsi gambar pre-wedding mereka yang diadakan di Melbourne, Australia, baru-baru ini.

“Keretapi dah sampai, tok kadi bila lagi? #SAH,” tulisnya ringkas.

Menerusi ruangan komen ramai mengakui tidak sabar untuk menunggu tarikh mereka ini disatukan dan mendoakan segala perancangan Sufie dan Nurulain akan dipermudahkan.

“@aishah3066: Wow!! Dah nak dekat ni.”

“@_imirxxhh: Hamboiii captionnnnnn. Sabar ye lagi 1 bulan 20 hari.”

“@dewi_asmara: This is amazingly beautiful besides the sense of romantic.”

“@haziqjamaludin: Babe cantiklah, boleh tak nak benci. @nuraaen can’t wait for AenXSufi #sah.”

Sufie dan Ain telah bertunang pada 15 Disember 2018 di kediaman pihak perempuan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.Sebelum ini menurut laporan media, Sufie menjelaskan majlis pernikahannya itu akandiadakan di Kuala Lumpur diikuti majlis bersanding pihak perempuan pada keesoakan harinya, 22 September 2019.Sebuah majlis persandingan turut bakal diadakan di sebelah pihaknya di Singapura pada 28 September depan.

View this post on Instagram

Siapa cakap bercinta tu semua wangi? 😆 #SAH . . 📸 @hmpstudiosg. 👗 @taufikidroscreation. 💄 @blushthebridalloft. 👠 @sabrinamaricanshoes

A post shared by 𝙆𝙞𝙩𝙩𝙮 🐱 (@nuraaen) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Wow! Dah Nak Dekat Ni” – Kongsi Gambar Pre-Wedding, Peminat Tak Sabar Menantikan Majlis Sufie Rashid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*