Hanya Kerana Ini, Permaisuri Agong Menyamar Jadi Setiausaha Dan Jawab Panggilan Telefon Dari Rakyat

Baru baru ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memohon maaf bagi pihak kakitangan Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF) setelah didakwa memberi layanan yang tidak menyenangkan oleh seorang netizen melalui komen di media sosial.Tunku Azizah bertitah melalui laman sosial Twitternya, ada sesetengah pihak yang tidak faham dengan prosedur sehingga berlaku saIah faham.

Ada yang menelefon tidak faham, kena isi borang dahulu, patuhi semua syarat, bukannya terus dapat (permohonan), TAFF memberi rawatan percuma kepada mereka yang layak dan memerlukan, pokoknya isi borang dan perlu ada surat pengesahan dari doktor.Kena patuh (penuhi) semua itu dan jangan marah saya, saya minta maaf,” tulis baginda dalam laman Twitter itu sebentar tadi.

Pernah Menyamar

Baginda bertitah lagi, pernah menyamar jadi setiausaha dan menjawab panggilan telefon di TAFF dan mengakui ada yang bercakap ka@sar dan m@arah-marah seperti yang menjadi viral di laman sosial semalam.

“SAYA MINTA MAAF BAGI PIHAK KAKITANGAN SAYA, KAMI ADA PROSEDUR DAN BORANG-BORANG YANG PERLU ISI OLEH PEMOHON,” TULIS TUNKU AZIZAH.

Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-60 baru-baru ini. Tunku Azizah beerbesar akan menaja 60 pasangan untuk menerima rawatan kesuvburan melalui TAFF.

Semua pasangan yang dipilih itu sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong ke-60 baru-baru ini.

Menariknya, seperti yang selalu didengar dalam petua orang-orang lama, Tunku Azizah berkongsi bagaimana baginda menerima mimpi dipatuuk uaiar sebelum disunting menjadi suri hati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkongsi kenangan lampau bagaimana baginda ‘mendapat alamat’ sebelum menerima kunjungan rombongan diraja untuk meminangnya, 33 tahun lalu.

“Saya beritahu kekanda, jika dalam mimpi dipatuuk uIar, orang Melayu percaya itu tandanya hendak berkahwin.

Dalam mimpi itu, saya berada di dalam sebuah bilik, semuanya serba kuning dan sedang duduk di atas singgahsana seperti di istana. Ada tiga lelaki bertanjak dan berkeriis datang, meminta saya berkahwin.Saya memberitahu bonda mengenai mimpi kisah saya dipatuuk uIar, manakala yang lain, saya simpan untuk diri sendiri,” katanya seperti dipetik wartawan.Menurut kepercayaan orang Melayu, mimpi dipatuuk uIar membawa maksud akan berkahwin atau menerima pinangan.

‘Kata ya ajelah’

Menarik lagi, menurut Tunku Azizah, tiga minggu kemudian, baginda menerima rombongan meminang yang diketuai oleh tiga orang yang berwajah sama seperti dalam mimpinya, iaitu ayahanda saudara kepada Tengku Mahkota Pahang (kini Yang di-Pertuan Agong), tetapi kali ini tidak bertanjak seperti dalam mimpinya.

“Ayahanda bertanya, adakah Tengku Mahkota yang hendak berkahwin atau ia perkahwinan yang diatur ayahanda dan bonda. Jika ia diatur, pinangan itu tidak akan diterima.

Bagaimanapun, selepas tiga hari ayahanda menyatakan pinangan itu sudah diterima, tetapi terlupa hendak memberitahu saya. Titah ayahanda, kata ‘ya ajelah’,” cerita baginda lagi.

Pasangan itu telah diijabkabulkan pada 6 Mac 1986 manakala majlis persandingannya pula diadakan pada 19 Julai tahun yang sama di Istana Johor, mengikut adat istiadat perkahwinan diraja serta seramai 8,000 tetamu yang hadir ketika itu.Tunku Azizah merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah.Apa Pendapat Anda Dah Baca?? Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom ke page Limau Madu Press untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Semoga di beri kesihatan yang baik Tuanku dan Tuanku permaisuri…Daulat tuanku!!

Sumber:tubeviral

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

 

Be the first to comment on "Hanya Kerana Ini, Permaisuri Agong Menyamar Jadi Setiausaha Dan Jawab Panggilan Telefon Dari Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*