Setelah Berdiam Diri,Akhirnya Hawa Rizwana Tampil Jawab Isu Hubungan Sebenar Dengan Fiz0 0mar

PEMBACA berita Hawa Rizwana menganggap komen pelakon Fizo Omar di laman Instagram miliknya baru-baru ini hanyalah kata-kata dari seorang abang kepada adik.Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, berkata, dia sudah lama mengenali usahawan tersebut yang juga merupakan kenalan kepada bapanya.

Seperti Adik Beradik

“Saya tak rasa dia nak try saya pun sebab hubungan kami macam adik dengan abang sahaja. Saya anggap gosip yang timbul itu sekadar usikan daripada peminat.

“Lebih-lebih lagi kerana status duda dipegangnya,” kata Hawa ketika dihubungi mStar.

Hawa diminta mengulas spekulasi netizen bahawa Fizo cuba memikatnya berikutan komen memuji pembaca berita yang sering dikaitkan seiras wajah pengacara Neelofa itu.Komen Fizo yang mengucapkan tahniah atas tugasan kerjanya yang baik mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya mengusik aktor itu.Menjelaskan lebih lanjut, Hawa berkata, dia sudah mengenali Fizo sejak beberapa tahun lalu memandangkan aktor itu mengenali bapanya.

“Saya memang peminat abang Fizo dari dulu. Selain mengenali abang Fizo sebagai seorang pelakon, saya kenal dia kerana dia adalah kenalan ayah.“Ayah pernah menjadi pengarah di UiTM Arau dan abang Fizo juga merupakan salah seorang alumni di sana.“Dia lebih rapat dengan ayah kerana mereka pernah bermain bola sepak bersama-sama,” ujarnya.Sebelum ini, Fizo pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Mawar Karim pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun. Sumber mstar

Kembar’ Neelofa, Anak Aziz Desa Jadi Pembaca Berita

PETALING JAYA: Wanita yang menjadi tular gara-gara wajah seiras aktres popular Neelofa iaitu Hawa Rizwana bakal menjadi penyampai berita TV9 bermula 1 September depan.Hawa, 22, berkata, tawaran tersebut diterima daripada pihak Media Prima selepas selesai menamatkan latihan industri selama empat bulan di program Wanita Hari Ini.

“Alhamdulillah, sebenarnya pihak Berita TV9 meminta saya hantar resume ketika saya masih lagi pratikal sebagai wartawan penyiaran di TV3.

“Selepas tamat praktikal saya ditawarkan untuk menjalani latihan sebagai pembaca berita bermula awal Julai lalu,” ujarnya kepada mStar Online.

Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan dua pembaca berita baharu Berita TV9 yang diadakan di Sri Pentas, di sini, Khamis.Selain Hawa, anak Allahyarham personaliti TV3 Aziz Desa iaitu Mas Zharif Zhafri turut diumum sebagai pembaca berita baharu.Dalam pada itu, Hawa berkata, pemilihan dirinya sebagai personaliti baharu Berita TV9 bukan disebabkan wajahnya yang menjadi perhatian netizen.Sebaliknya, pihak stesen televisyen mengenal pasti kriteria yang bersesuaian untuk memeggang tanggungjawab berkenaan.

“Saya jadi perhatian kerana seiras Neelofa baru-baru ini sahaja ketika itu saya sudah memulakan latihan baca berita,” ujarnya.

Sementara itu, diminta komen tentang berita tular itu, Hawa berkata ia satu penghargaan buat dirinya apabila dikaitkan dengan wanita yang kini berjaya mencipta nama di peringkat dunia.Katanya, dia sendiri masih belum berpeluang untuk bertemu dengan pelakon dan pengacara popular itu.“Saya terkejut bila ia menjadi tular minggu lalu. Saya tidak bangga disamakan dengan wanita hebat itu.“Saya sendiri sangat menggagumi dia sebagai seorang wanita yang tersenarai antara wanita berjaya di Asia,” ujarnya.

BUKAN CALANG CALANG ORANGNYA

Hawa merupakan graduan dalam jurusan Sarjana Muda Komunikasi Kewartawanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).Sementara itu, Eksekutif Editor Berita TV9, Wan Sabariah Shikh Ali berkata, Hawa dipilih berdasarkan bakat dan kriteria yang ada sebagai seorang pembaca berita.“Dia diambil menyertai Berita TV9 bukan kerana wajahnya seiras Neelofa tetapi kami nampak dia mempunyai potensi untuk berkembang menjadi seorang pembaca berita.“Dia ada suara dan latar belakang yang sesuai untuk berada dalam bidang kewartawanan penyiaran. Seorang pembaca berita tidak perlu cantik kerana wajah adalah pilihan kedua dan kita boleh solek mereka menjadi lebih menarik,” ujarnya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber Mstar

Be the first to comment on "Setelah Berdiam Diri,Akhirnya Hawa Rizwana Tampil Jawab Isu Hubungan Sebenar Dengan Fiz0 0mar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*